Skinpress Rss

27 November 2015

5 Tips Kuruskan Badan - Perlu ada KEMAHUAN & ILMU!

0




5 tips untuk kuruskan badan. Ya, saya akan bincangkan topik ini khas untuk anda yang masih dibelenggu masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN.

Anda perlu sedar bahawa untuk kurus, anda perlu mempunyai dua perkara penting ini, iaitu KEMAHUAN dan ILMU PENGETAHUAN.

KEMAHUAN..!
Ya, anda perlu ada kemahuan yang tinggi untuk kurus. Kemahuan yang kuat ini akan membuatkan anda bersemangat untuk berusaha bagi mencapai berat badan impian. Jika ditanya KENAPA dan MENGAPA anda ingin kurus, anda perlu menjawabnya dengan yakin dan bersemangat.

ILMU PENGETAHUAN
Ilmu pengetahuan juga penting bagi anda yang ingin kurus. Anda perlu tahu tentang cara yang betul untuk menurunkan berat badan dengan selamat. ini penting bagi mengelakkan usaha anda sia-sia serta membazir masa dan wang. Anda perlu tahu bahawa menahan lapar bukanlah cara yang betul untuk menurunan berat badan.

13 November 2015

Tingkatkan Sistem Imun Dengan Bawang Putih

0


Sejak beribu tahun dahulu, bawang putih digunakan samaada dalam perubatan mahupun sebagai penyedap makanan. Seperti bawang merah atau bawang besar, bawang putih juga mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek.

Namun, sedikit berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang sahaja, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang kemudiannya membentuk kepada satu rumpun. Dipercayai tumbuhan ini berasal dari tanah pergunungan Asia Tajikistan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afganistan dan Pakistan. Walaubagaimanapun, bawang putih mendapat penekanan di China dan Korea. Di malaysia, tanaman ini kurang sesuai lantaran cuaca yang lembap dan banyak hujan sekaligus memudahkan serangan penyakit.

26 October 2015

10 Tips Banyakkan Susu Ibu

0



Setiap ibu pastinya mahu menyusukan bayi mereka sepenuhnya tanpa perlu memberi susu formula. Namun, tidak semua ibu yang bertuah dan berpeluang untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif.Sesetengah ibu mengalami masalah dengan penghasilan susu yang sedikit ataupun masalah dengan struktur puting payudara mereka.

Jika ibu hanya mempunyai masalah penghasilan susu yang sedikit, ibu mungkin boleh mencuba beberapa kaedah tertentu untuk menambah susu badan. Berikut adalah 10 tips yang boleh dicuba oleh ibu untuk menambah susu badan mereka :

20 August 2015

Tips Memilih Bra Menyusu (Nursing Bra) untuk Ibu Menyusu

4


Perubahan saiz payudara biasanya akan bermula pada trimester pertama kehamilan. Ia berlaku selari dengan persediaan untuk membolehkan ibu menyusu bayi mereka setelah dilahirkan nanti. Pada tahap ini, ibu hamil perlu menggunakan bra / baju dalam yang sesuai bagi menampung perubahan saiz payudara mereka.

Bagi sesetengah ibu hamil, mereka mengambil langkah selamat dengan menggunakan bra menyusu sedari mereka di alam kehamilan lagi. Keadaan ini dapat membantu mereka berjimat selain memberi keselesaan kepada mereka sepanjang proses kehamilan.

18 August 2015

Keputihan Semasa Hamil..Adakah Normal?

0


KEPUTIHAN adalah normal bagi golongan wanita. Ia dialami oleh semua wanita namun, apa yang membezakannya ialah keadaan keputihan itu sendiri (jumlah, warna dan kesan kepada vagina). Menurut pakar, keutihan berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita.

Bagi wanita hamil, keputihan yang mereka alami sedikit banyak berbanding wanita yang tidak hamil. Ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku dalam diri mereka akibat kehamilan tersebut. Paras hormon yang tidak seimbang menyebabkan peningkatan pengeluaran cecair vagina yang banyak serta penurunan PHnya.

21 April 2015

Hilangkan Parut Dengan Cepat & Berkesan Dengan Shaklee

0

PARUT biasanya terjadi disebabkan oleh luaran kulit yang terluka samada akibat kemalangan, campak, jerawat ataupun melecur. Kehadiran parut yang jelas, terutamanya di kawasan muka dan tangan akan menyebabkan seseorang itu merasa malu dan rendah diri.

Kehadiran parut akibat jerawat sangat merisaukan wanita..!
Dan sebagai penyelesaianya, ramai diantara mereka akan mengunakan mekap yang tebal untuk menutup kesan parut berkenaan. Namun, tanpa disedari kosmetik yang mereka gunakan itu boleh menyumbang kepada masalah jerawat ataupun kulit muka menjadi terlalu sensitif.

20 April 2015

Vivix Shaklee - Mahal yang Berbaloi-Baloi

0

Ramai berpendapat bahawa harga Vivix Shaklee mahal. Ya, harga Vivix Shaklee memang sedikit tinggi berbanding harga produk shaklee yang lain. Namun, jika dibandingkan dengan khasiat yang terkandung didalamnya, ia sangat berpatutan. Untuk mendapat badan yang sihat dan bebas dari penyakit kronik, harga bukanlah halangan.

Kehidupan yang sejahtera bermula dari Kesihatan yang baik!

Kenapa harga Vivix Shaklee mahal?. Anda pasti akan berubah fikiran jika anda tahu tentang khasiatnya dan kemampuan produk ini.

19 April 2015

Berhenti Merokok dengan Vivix Shaklee

0

Merokok boleh menyebabkan gangguan kesihatan bukan sahaja kepada perokok malah boleh mengganggu kesihatan orang persekitaran mereka (asap juga membahaya!)


Jika anda seorang perokok, anda patut berhenti merokok dengan segera sebelum ia menjadi pembunuh senyap anda.

17 April 2015

Set Buasir Shaklee - Rawatan Untuk Buasir

0


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada bahagian vena yang terletak pada rektum dan dubur. Apabila vena membenjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran sekitarnya membengkak, sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir biasanya terjadi disebabkan terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena meregang dan pada tahap yang lebih teruk, vena akan pecah.

16 April 2015

Tips Banyakkan Susu Bagi Ibu Menyusu

0


Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi sedari dilahirkan sehingga menjagkau usia 6 bulan pertama. Ibu disarankan bagi memberikan susu secara ekslusif dalam tempoh masa tersebut. Susu ibu terbukti kaya dengan segala zat dan khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran.

Penyususun bayi juga membantu mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu disamping membantu ibu mengembalikan bentuk badan ibu.

15 April 2015

Tips Mengatasi Anak Sukar Makan

0

Ramai diantara ibu bapa yang menghadapi maslah anak-anak mereka sukar untuk makan. Jika mereka makan sekali pun, mereka hanya memilih makanan yang mereka suka sahaja.


Anak-anak yang 'picky eaters' selalunya akan menyebabkan kita sebagai ibu risau dan kadangkala  tertekan. Ini kerana sebagai ibu, kita pastinya mahu anak-anak mendapat nutrisi secukupnya. Jika anak-anak sukar makan dan 'picky eaters' sudah tentunya mereka akan kekurangan nutrisi tertentu yang mereka tidak ambil dalam makanan mereka.

14 April 2015

Tips Cegah Stretch Mark Semasa Hamil

0

Stretch Mark sering terjadi pada ibu hamil disebabkan kulit yang meregang secara mendadak akibat pembesaran janin dalam kandungan. Kulit yang meregang ini akan menyebabkan rasa gatal pada bahagian terbabit. Bahagian perut dan paha antara tempat yang sering terjadinya stretch mark.

Kehadiran stretch mark ditandai dengan timbulnya garis-garis pada permukaan kulit. Garis-garis tersebut biasanya akan berwarna gelap dan akan beransur-ansur menjadi warna puti kelabu apabila kawasan tersebut kembali pada saiz normal.

13 April 2015

Atasi Masalah Keputihan Dengan Alfalfa Shaklee

1


Masalah keputihan sering terjadi pada wanita. Namun, ramai diantara mereka yang malu untuk tampil mencari penyelesaian kepada masalah keputihan yang dialami.

Tahukah anda bahawa masalah keputihan tidak normal (patologi) boleh menyebabkan masalah lebih serius pada wanita?. Keputihan tidak normal ialah keadaan dimana keluarnya cecair berlebihan dari vagina yang likat, bewarna kekuningan dan berbau busuk. Ia boleh menyebabkan rasa gatal di sekitar vagina yang akan menimbulkan ketidakselesaan pada wanita.

08 April 2015

Cancer Survivor : Kisah PM Law Chu Hian Dengan Shaklee

0

Seperti yang dijanjikan, saya akan menulis tentang CANCER SURVIVOR yang berjaya pulih dari penyakit kanser dengan bantuan Shaklee.

Kisah ini adalah berkenaan dengan Law Chu Hian, bekas pembaca berita NTV 7 yang pernah bergelut dengan kanser suatu ketika dulu.

Kini beliau sudah pulih dan aktif berkongsi tentang kebaikan Shaklee. Beliau yakin dengan kehebatan produk Shaklee yang telah mengubah kehidupannya. 

Kanser Serviks : Gejala, Penyebab dan Pencegahannya

0

Kanser Serviks atau juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim merupakan penyakit yang sangat ditakuti oleh wanita selain Kanser Payudara. Data WHO menvatatkan peningkatan kes kanser serviks dikalangan wanita saban tahun.


Kanser serviks menyerang pada bahagian pangkal rahim wanita atau lebih spesifik dibahagian 'sempit' yang terletak dibawah bahagian rahim wanita.

07 April 2015

Tercabar Untuk Kurus?? - Kisah Diri Sendiri

0

Semakin bertambah usia kandungan, semakin kuat debaran yang dirasakan. Walaupun ini adalah kandungan kedua, namun saya masih lagi berdebar-debar menanti kelahiran zuriat kedua ni. Kalau diikutkan perkiraan, usia kandungan saya sekarang ialah 15 minggu.

Alhamdulillah, perkembangan kandungan saya dan baby positif. Setiap kali check up di KK, bacaan HB dan tekanan darah normal. Cuma kenaikan berat badan saya agak perlahan. Pada lawatan minggu lepas ke KK (kandungan 14 minggu), berat badan saya hanya 42 kg. Walaupun ada kenaikkan 1 kg berbanding bulan sebelumnya, tapi berat masih ditahap kurang. Bacaan BMI ditahap kurang berat badan...huhu

06 April 2015

Khasiat & Kebaikan Lecithin Shaklee

0

Lecithin Shaklee merupakan BEST SELLER shaklee bagi membuang lemak degil dalam badan. Ia diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecitin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.



03 April 2015

DTX Complex Shaklee Vitamin Untuk Hati Sihat

0

Hati merupakan organ terbesar dalam badan manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, jika serangan jantung berlaku, ia akan merosakkan otot dan organ jantung. Tetapi serangan pada hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri bagi memastikan ia dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan membina semula selnya.

02 April 2015

Cinch Shake Mix - Rahsia untuk Tampil Kurus & Langsing

0


Cinch Shake Mix - Rahsia untuk Tampil Kurus & Langsing. Ya, memang benar!. Dengan bantuan Cinch Shake Mix anda mampu untuk tampil kurus dan langsing tanpa perlu diet yang ketat atau meninggalkan pengambilan nasi.

SEDARKAH ANDA?

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

0

April 2015 memang 'panas' dengan isu GST dan kenaikan harga barang akibat perlaksanaan GST. Tapi, bagi shaklee bulan April adalah bulan promosi jimat berganda-ganda. Bulan untuk bergembira buat pengedar dan pengguna tegar Shaklee.

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015


01 April 2015

Vita-Lea for Children - Pelengkap Nutrisi Anak Anda!!

0



Vita-Lea for Children kini kembali setelah lama menghilang!.

Sebenarnya, Vita-Lea for Children ni bukan menghilang tanpa sebab tau, ia menghilang untuk memberi ruang kepada pihak Shaklee memperbaharui formulanya. Jadi, Vita-Lea for Children yang ada sekarang adalah formula baru yang boleh melengkapi keperluan nutrisi anak-anak kita.

Kenapa anak-anak kita perlukan Multivitamin?

Multivitamin bertindak sebagai pelengkap kepada nutrisi anak-anak kita. Adakah anak kita mampu mengambil kesemua makanan berkhasiat setiap hari?..

29 March 2015

Cara Atasi Tumit Kaki Pecah & Merekah

0

Masalah tumit kaki pecah dan merekah sering dialami oleh golongan wanita tanpa mengira usia. Walaupun kedaan ini tidak menyakitkan, tetapi ia akan menjejaskan penampilan wanita serta boleh menyebabakan rasa rendah diri.

Tumit kaki pecah & merekah menjejaskan penampilan wanita
Walaupun pada asasnya, tumit kaki pecah & merekah ini tidak megundang sebarang masalah kesihatan, namun ia menunjukkan bahawa seseorang wanita itu mengalami kekurangan air dalam badan yang menyebabkan kulit mereka menjadi kering, bersisik dan tidak sihat.

Tanda - Tanda Awal Kehamilan

0

Anda adalah pasangan yang baru mendirikan rumahtangga?
Anda kali pertama hamil?


TETAPI...
Bagaimanakah anda yakin bahawa anda hamil?
Sudahkah anda membuat pengesahan dari doktor yang bertauliah?

JANGAN RISAU....
Saya akan kongsikan beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang akan menambahkan keyakinan anda bahawa anda sudah hamil.

28 March 2015

Cara Menentukan Waktu Subur Wanita

0



Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga tentunya sangat mengharap agar mereka dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat. Namun, tidak semua yang bernasib baik dikurniakan anak. Ramai diantara pasangan suami isteri diluar sana masih berusaha bagi mendapatkan cahaya mata.

ZURIAT ADALAH RAHSIA ALLAH

Alangkah bahagianya suami isteri jika rumahtangga mereka diceriakan dengan tangisan dan gelak tawa anak-anak.

Alangkah sedihnya suami isteri jika mereka masih berdua-duaan walaupun sudah lama berkahwin. Tentunya mereka sangat mengharapkan kehadiran seorang anak hasil dari zuriat mereka sendiri.

Walau apapun keadaan kita, kita seharusnya sedar dan yakin bahawa ketentuan zuriat adalah ketentuan dan rahsia Allah. Kita sebagai manusia yang berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Islam hendaklah sabar dalam menerima ketentuan Allah.

24 March 2015

Diari Kehamilan - 13 week

0

Alhamdulillah..sekejap sahaja masa berlalu dan sekarang kehamilan saya untuk anak kedua sudah memasuki minggu ke 13. Kehamilan yang membawa seribu kebahagian buat saya dan suami. Dan secara rasminya telah memasuki Trimester kedua kehamilan.


Syukur..alahan saya dah semakin berkurangan. Rasa mual dan loya semakin menghilang.Cuma yang menjadi keriauan saya dan suami ialah berat badan saya sangat susuh untuk naik. Masa 'booking' di KK baru-baru ini berat badan saya hanya 40kg dan bacaan HB saya sangat rendah !.. hanya 10.1g/dl sahaja.Saya sendiri pun terkejut dengan bacaan HB yang diperolehi. Disebabkan itu, Nurse tetapkan lagi next visit saya ke KK selepas 2 minggu kemudian.

Cara Atasi Masalah Sembelit Anak

0

Sebagai ibu bapa, pastinya kita sering berdepan dengan masalah sembelit anak- anak. Pastinya kita akan menjadi tidak keruan apabila si anak menangis setiap kali ingin membuang air besar dek kerana sembelit yang dialami. Sayu rasa hati apabila melihat si anak terpaksa berdepan dengan masalah sembelit dikala umur yang terlalu muda.




11 March 2015

Tips Disiplinkan Anak - Semuanya Bermula Dari Rumah

0

'Setiap anak dilahirkan atas fitrah. Ibu bapa lah yang menyahudikannya, menasranikannya atau memajusikannya.' (Hadis Riwayat Bukhari)




Mendidik anak-anak adalah tugas berat yang dipertanggungjawabkan keatas ibu bapa. Ibu bapa berperanan dalam membentuk peribadi anak-anak sedari hari pertama mereka dilahirkan. Maka tepatlah jika dikatakan bahawa pendidikan anak-anak bermula dari rumah.

10 March 2015

Latih Anak ke Tandas - Bagaimana Caranya?

0

Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin pakai buang? 

Adakah si kecil saya sudah bersedia? 

Bagaimana untuk mulakannya?..




Ini adalah persoalan yang biasa kita dengar dari ibu bapa yang baru pertama kali berhadapan dengan situasi untuk melatih anak ke tandas. Begitu juga dengan saya memandangkan Hanif adalah anak sulung dan saya baru pertama kali berhadapan denagn situasi ini.

Alhamdulillah, Hanif boleh dikategorikan sebagai anak-anak yang cepat bercakap. Seawal umur 8 bulan, dia sudah mula bersuara (suara menjerit-jerit) dan sudah pastinya tidak dapat difahami oleh saya dan suami..bahasa baby agaknya..hihi

Tips Cepat Kurus Selepas Bersalin

0

Kenaikan berat badan semasa mengandung adalah perkara biasa bagi wanita hamil. Pertambahan berat badan ini adalah seiring dengan pertambahan usia kandungan. Ada antara wanita hamil mengalami kenaikan melebihi 20 kilogram sepanjang kehamilan.



Lumrah wanita, walaupun terpaksa jadi GEMUK namun mereka masih sanggup dek kerana mereka mahu mengembirakan suami mereka dengan memberikan suami zuriat yang sihat dan cergas. So suami diluar sana, pastikan anda menghargai pengorbanan isteri anda!. 

09 March 2015

Cara Elak Sembelit Ketika Berpantang

0



Sembelit Ketika berpantang adalah masalah yang menggerunan bagi ibu yang masih dalam pantang. Memang sangat-sangat meresahkan bagi ibu-ibu yang pernah mengalaminya. Masalah sembelit ini kadangkala membawa kepada kemurungan dan stress kepada ibu berpantang.

Cara Minum ESP Shaklee yang Betul

0

Kebelakangan ini, saya mendapat banyak persoalan dari pengguna ESP Shaklee mengenai cara pengambilannya yang betul. Ada yang meminta resepi untuk menambah keenakan ESP Shaklee selain dari resepi yng biasa mereka guna.



ESP Shaklee adalah dalam bentuk serbuk. Jadi ia perlu dibancuh sebelum diminum. Harus diingatkan bahawa ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air mendidih kerana ini akan menyebabkan protien yang terkandung dalam ESP Shaklee akan musnah.


Cadangan pengambilan ESP Shaklee pula ialah TIDAK melebihi 3 sudu besar sehari. Pengambilan yang berlebihan tidak digalakkan melainkan saranan daripada pakar bertauliah.

Set Sendi Shaklee Teman Rapat Sendi & Tulang Anda!

0

Ramai yang beranggapan bahawa sakit sendi akan menyerang mereka yang berumur sahaja. Namun, pada hakikatnya sakit sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Apabila pengambilan kalsium kurang daripada jumlah yang diperlukan, maka setiap individu terdedah kepada sakit sendi.

Contohnya apa yang dialami oleh Pn Liza ni. Pada usia muda, dia sudah merasai kesakitan pada sendi. Apa rahsia Pn. Liza pulih dari kesakitan yang dalaminya dengan hanya 3 produk Shaklee?

Jom sama-sama kita bongkar rahsia beliau :




Beliau telah merasai #ShakleeEffect yang membolehkan beliau menyertai aktiviti lasak bersama suaminya. Anda pula bagaimana? Masih dibelenggu masalah sakit sendi?..

06 March 2015

Set Kecantikan Shaklee - Anugerah Untuk Kulit Cantik & Berseri

0

Set Kecantikan Shaklee - Anugerah untuk Kulit Cantik & Berseri. Wahhh...tajuk pun sudah menggoda kan..hihi. Jom kupas lebih lanjut mengenai Set Kecantikan Shaklee.

Set Kecantikan Shaklee adalah antara 'hot items' dalam dunia Shaklee. Ramai yang sudah mendapat kulit cantik, berseri serta bebas parut hasil dari penggunaan set kecantikan ini.




05 March 2015

Set Kehamilan Shaklee - Pilihan Bijak Ibu Hamil

0

Set Kehamilan Shaklee - Pilihan Bijak Ibu Hamil . Ya, tajuk yang akan saya bincangkan dalam entry kali ini. Tahniah! saya ucapkan kepada anda yang telah berjaya hamil. Percaya atau tidak, kehamilan adalah satu proses yang sangat indah jika ianya berlangsung dengan sihat dan sempurna.


KENAPA RAMAI IBU HAMIL JATUH CINTA DENGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Antara sebab kenapa ramai ibu hamil jatuh cinta dengan Set Kehamilan Shaklee ialah kerana meraka telah merasai perbezaan ketara sebelum & selepas mengamalkan set ini.

Nutriferon Shaklee Tingkatkan Sistem Imun Badan

0

Nutriferon Shaklee sudah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan 100% SEMULAJADI. Ia membantu dalam meningkatkan sistem imun badan terhadap sesuatu virus. Ia sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat terutamnya mereka yang mudah dijangkiti penyakit.



NUTRIFERON - PENEMUAN TERHEBAT DALAM BIDANG IMMUNOLOGI

Interferon buat pertama kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.

Setelah membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga sunflower, Honeysuckle Jepun dan Biji Plantago ; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

04 March 2015

Rawatan Denggi Dengan Shaklee

0

Demam denggi adalah disebabkan oleh jangkitan  virus denggi (Genus Flavivirus) yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang berpenyakit denggi kepada orang yang sihat.


Demam denggi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui gejala dan simptom demam denggi agar kita dapat didiagnosis dengan lebih awal. Antara simptomnya ialah demam secara tiba-tiba, sakit kepala yang teruk, sakit dibelakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta tumbuh biji-biji merah di badan.

03 March 2015

Nutrisi dan Gizi Seimbang Untuk Ibu Hamil

0

Assalamualaikum wbt...

Nutrisi dan gizi seimbang harus dititikberatkan oleh setiap ibu hamil. Risiko kehilangan janin (keguguran) serta kecatatan bayi juga boleh dikurangkan sekiranya ibu hamil mengamalkan nutrisi dan gizi yang seimbang sepanjang tempoh kehamilan.


Asasnya, nutrisi dan gizi sihat untuk ibu hamil adalah sama dengan pemakanan seimbang yang perlu diambil oleh kita pada setiap hari. Bezanya, ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan kerana dikuaktiri akan menjejaskan kandungan. Ibu hamil juga perlu makan lebih banyak protien, kalsium, zat besi,vitamin c serta sayur-sayuran hijau.

02 March 2015

Bahaya HB Rendah Ketika Hamil

0

Bahaya HB rendah ketika hamil! Jom kita bincangkan..

HB merupakan singkatan bagi HEMOGLOBIN yang digunakan dalam dunia perubatan. Bagi wanita hamil, mereka akan terbiasa dengan bacaan HB sepanjang tempoh kehamilan mereka. Setiap kali check up mereka perlu melakukan ujian HB bagi mengawal tahap bacaan HB mereka.



Apakah bacaan HB normal pada wanita hamil?


Dalam catatan perubatan, bacaan HB normal bagi wanita hamil ialah pada julat 11-12g/dL (gram/deciliter) . Manakala paras normal bagi wanita biasa ialah pada julat 11.5 - 16.5g/dL (gram/deciliter). Paras bacaan ini sangat penting bagi mengukur tahap kesihatan dan sekaligus dapat membantu mengesan gejala anemia dikalangan wanita hamil.


04 February 2015

Dulu Obimin Sekarang Vita-Lea

0

Assalamualaikum wbt...

Pada entry kali ni, saya nak berkongsi tentang supplement terpenting yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan. Sebelum ini, semasa mengandungkan Hanif saya diperkenalkan dengan OBIMIN. Tablet bujur bewarna pink..warna sangat memikat kalbu..hihi. Saya mula dibekalkan OBIMIN oleh klinik kesihatan. Menurut nurse kandungan OBIMIN sudah mengandungi ASID FOLID, B COMPLEX, VITAMIN C dan IRON. Jadi saya tidak perlu mengambil setiap vitamin berkenaan secara berasingan. Just telan je sebiji OBIMIN setiap hari. Maka OBIMIN menjadi teman rapat saya sehingga ke hujung kehamilan.


03 February 2015

Kehamilan Kedua Yang Dinanti

0



 Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulillah, seperti mana tajuk entri kali ni, saya ingin berkongsi mengenai kehamilan kali kedua yang memang sangat-sangat dinantikan oleh saya dan suami..


Suami saya memang suka dengan kanak2 dan sedari awal perkahwinan kami, dia memang impikan anak yang ramai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...