5 tips untuk kuruskan badan. Ya, saya akan bincangkan topik ini khas untuk anda yang masih dibelenggu masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN.
Anda perlu sedar bahawa untuk kurus, anda perlu mempunyai dua perkara penting ini, iaitu KEMAHUAN dan ILMU PENGETAHUAN.
KEMAHUAN..!
Ya, anda perlu ada kemahuan yang tinggi untuk kurus. Kemahuan yang kuat ini akan membuatkan anda bersemangat untuk berusaha bagi mencapai berat badan impian. Jika ditanya KENAPA dan MENGAPA anda ingin kurus, anda perlu menjawabnya dengan yakin dan bersemangat.
ILMU PENGETAHUAN
Ilmu pengetahuan juga penting bagi anda yang ingin kurus. Anda perlu tahu tentang cara yang betul untuk menurunkan berat badan dengan selamat. ini penting bagi mengelakkan usaha anda sia-sia serta membazir masa dan wang. Anda perlu tahu bahawa menahan lapar bukanlah cara yang betul untuk menurunan berat badan.