Skinpress Rss

10 March 2015

Latih Anak ke Tandas - Bagaimana Caranya?

0

Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin pakai buang? 

Adakah si kecil saya sudah bersedia? 

Bagaimana untuk mulakannya?..




Ini adalah persoalan yang biasa kita dengar dari ibu bapa yang baru pertama kali berhadapan dengan situasi untuk melatih anak ke tandas. Begitu juga dengan saya memandangkan Hanif adalah anak sulung dan saya baru pertama kali berhadapan denagn situasi ini.

Alhamdulillah, Hanif boleh dikategorikan sebagai anak-anak yang cepat bercakap. Seawal umur 8 bulan, dia sudah mula bersuara (suara menjerit-jerit) dan sudah pastinya tidak dapat difahami oleh saya dan suami..bahasa baby agaknya..hihi



HANIF NAWFAL ~

Pada usia setahun, dia sudah mula bercakap tetapi bahasa masih pelat. Dan pada usia setahun setengah, sudah menampakkan peningkatan memberangsangkan. Butir bicara sudah dapat difahami. Alhamdulillah.

Memandangkan dia sudah mula bercakap, kakak saya menyarankan saya untuk memulakan potty training atau latihan ke tandas untuk Hanif. Saya mencuba, tetapi mungkin disebabkan kekurangan ilmu dan pengalaman, saya tidak berjaya melakukannya. Saya berhenti seketika dan mula mendapatkan ilmu tambahan bagi menjayakan latihan ke tandas ini.

Memasuki usia 2 tahun, dan kebetulan pada ketika itu saya disahkan hamil anak kedua, saya nekad untuk mengajar Hanif latihan ke tandas. Pada permulaanya, saya berbincang dengan suami mengenai hajat yang tersimpan dihati. Suami pada mulanya agak keberatan untuk berkerjasama kerana dia risau Hanif akan kencing dan poo poo di merata-rata. Suami saya pula jenis yang sangat pentingkan kebersihan. Setelah memujuk dan memberi jaminan saya akan 100% memantau Hanif sepanang proses pembelajaran, suami akhirnya bersetuju.

Bagaimana saya lakukan? Berikut adalah langkah yang saya ambil :

1. MENGENALI TAHAP PERKEMBANGAN ANAK

Ya, saya mula memahami tahap perkembangan Hanif. Saya perhatikan setiap tutur kata dan mula memahami setiap ayat dan bahasa yang digunakan oleh Hanif. Contohnya, jika dia ingin kencing atau poo poo, dia akan diam dan segala aktiviti yang dia lakukan akan dihentikan untuk seketika. Setelah selesai, dia kan sambung semula aktiviti yang dilakukan.

2. BAWA ANAK KE TANDAS DENGAN KERAP

Pada permulaannya, saya membawa Hanif ke tandas setiap 15 minit. Teruskan membawa anak ke tandas walaupun dia tidak kencing atau poo poo. Pada tahap ini, kita sebenarnya mengajar anak untuk mengenal rasa iangin membuang air. Ia juga bertujuan untuk membiasakan anak untuk membuang air di tandas.

Jika anak sudah menampakkan perkembangan positif, ibu boleh menambah masa ke tandas setiap 30  minit. Alhamdulillah, pada hari kedua latihan, Hanif sudah memberikan reaksi positif. Dia sudah mula memahami dan sudah tiada lagi kebocoran di merata-rata tempat.

Pada hari ketiga, Hanif sudah mula memberitahu yang dia ingin kencing dan poo poo. Alhamdulillah, Hanif sangat-sangat cepat belajar.

3. IBU PERLU SABAR DAN TIDAK MARAH ATAU DENDA ANAK JIKA TERKENCING DI MERATA-RATA TEMPAT

Jika ibu sedah mengambil keputusan untuk memulakan lathan tandas, ibu harus bersabar dan tidak memukul atau memarahi anak sekiranya anak terkencing dimerata-rata tempat. Sebaliknya, berikan dia nasihat secara baik dan ingatkan dia untuk emberitahu sekiranya ingin membuang air.

4. BERIKAN GALAKAN, DORONGAN DAN PUJIAN KEPADA ANAK

Jika anak sudah mula memberikan reaksi positif, pastikan ibu memberi sedikit pujian atau kata-kata semangat kepada anak. Dengan cara ini, anak akan lebih mudah belajar.

Alhamdulillah, inilah tips yang saya gunakan untuk melatih Hanif. Hanya dalam masa 3 hari, Hanif sudah berjaya membiasakan diri. Walaupun adakalanya dia 'terbabas' dan terkencing tanpa sempat ke tandas, saya hanya terima dengan senyuman. Berikan sedikit nasihat dan pesan kepadanya untuk memberitahu jika mahu ke tandas.




Sekarang, pampers hanya digunakan pada waktu malam. Bayangkan betapa jimatnya duit perbelanjaan bulanan Hanif..hihi

Inginkan supplimen shaklee dan konsultasi percuma? hubungi saya sekarang!

PN. SUHAIDA (SID : 997703)
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...