Pada entry kali ni, saya nak berkongsi tentang supplement terpenting yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan. Sebelum ini, semasa mengandungkan Hanif saya diperkenalkan dengan OBIMIN. Tablet bujur bewarna pink..warna sangat memikat kalbu..hihi. Saya mula dibekalkan OBIMIN oleh klinik kesihatan. Menurut nurse kandungan OBIMIN sudah mengandungi ASID FOLID, B COMPLEX, VITAMIN C dan IRON. Jadi saya tidak perlu mengambil setiap vitamin berkenaan secara berasingan. Just telan je sebiji OBIMIN setiap hari. Maka OBIMIN menjadi teman rapat saya sehingga ke hujung kehamilan.
Cerita diatas adalah sebelum saya kenal SHAKLEE. Saya mula kenal shaklee selepas kelahiran Hanif. Bila dah kenal & study pasal produk-produk shaklee saya semacam jatuh cinta dengan kesemua produk yang ditawarkan. Wow! rupanya selama ni saya menggunakan vitamin SINTETIK. Shaklee pula menawarkan vitamin SEMULAJADI. Alahai, terasa rugi sangat sebab lambat kenal shaklee.
Saya mula buat sedikit perbandingan antara vitamin sintetik & vitamin semulajadi. Secara tak segaja saya terjumpa sesuatu yang mengejutkan mengenai OBIMIN.
Wow! banyaknya pewarna..patut la warna dia memikat kalbu..
Kalau dari dulu saya tahu, pasti saya jauhkan diri dari OBIMIN. Nasib baik Hanif tak jadi pink macam pewarna OBIMIN!..Sorry ye sayang, masa ni Ibu tak kenal shaklee lagi..huuuu
So, dah nekadkan dalam hati, untuk kehamilan seterusnya saya tak nak guna OBIMIN lagi. Ngeri kot tengok pewarna dia!.
Alhamdulillah, untuk kehamilan kali ni, saya sudah bertukar kepada VITALEA. Sedari awal menyedari diri mengandung, saya sudah mula mengambil VITALEA.
Kenapa VITALEA...?
- Mengandungi 28 vitamin penting yang di perlukan oleh tubuh ( untuk ibu mengandung, 2 tablet vitalea sudah memadai bagi memenuhi keperluan ibu & janin)
- Memberi tenaga segera serta menguatkan daya fokus
- Mengurangkan keletihan diawal kehamilan (tablet vitalea disalut dengan spirulina)
VITALEA ni jugak multivitamin terbaik sejak tahun 2000. Ada
ujian klinikal yg dilakukan menunjukkan pengambilan vitalea selama
setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Nak tahu lebih detail tentang VITALEA or vitamin shaklee yang lain?..Boleh contact saya ye..
INSYAALLAH saya akan memenuhi rasa ingin tahu anda..;)
SID : 997703
NUR SUHAIDA BT MUHAMMAD






0 comments:
Post a Comment