Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga tentunya sangat mengharap agar mereka dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat. Namun, tidak semua yang bernasib baik dikurniakan anak. Ramai diantara pasangan suami isteri diluar sana masih berusaha bagi mendapatkan cahaya mata.
ZURIAT ADALAH RAHSIA ALLAH
Alangkah bahagianya suami isteri jika rumahtangga mereka diceriakan dengan tangisan dan gelak tawa anak-anak.
Alangkah sedihnya suami isteri jika mereka masih berdua-duaan walaupun sudah lama berkahwin. Tentunya mereka sangat mengharapkan kehadiran seorang anak hasil dari zuriat mereka sendiri.
Walau apapun keadaan kita, kita seharusnya sedar dan yakin bahawa ketentuan zuriat adalah ketentuan dan rahsia Allah. Kita sebagai manusia yang berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Islam hendaklah sabar dalam menerima ketentuan Allah.
KESUBURAN DAN KAITANNYA DENGAN PELUANG KEHAMILAN
Bagi pasangan yang berusaha untuk mendapatkan anak, mereka dianjurkan untuk berusaha dan berdoa kepada Allah. Antara salah satu cara untuk cepat hamil ialah dengan mengetahui waktu subur isteri.
Pakar perubatan menyarankan bahawa peluang untuk kehamilan berlaku adalah sangat tinggi semasa wanita berada pada waktu suburnya. Apakah waktu subur (fertile window)?
Waktu subur ialah julat masa didalam sesuatu kitaran haid dimana pada waktu itu, sistem pembiakan wanita berada pada tahap paling subur. Bagi kitaran haid normal, waktu subur adalah dalam masa 6 hari, (5 hari sebelum ovulasi dan 1 hari selepas ovulasi)
![]() |
| Ilustrasi waktu subur wanita |
APAKAH OVULASI?
Ovulasi adalah proses pelepasan telur (ovum) yang matang dari ovari ke tiub fallopio. Proses ini secara teorinya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid (kira bermula pada hari pertama haid).
Telur wanita (ovum) akan bertahan selama 24jam selepas dilepaskan dari ovari. Jika terdapat sperma suami dalam tempoh 24 jam tersebut, peluang untuk kehamilan berlaku adalah sangat tinggi.
![]() |
| Proses Ovulasi |
BAGAIMANAKAH MENENTUKAN WAKTU SUBUR WANITA?
Secara teorinya, terdapat beberapa cara untuk menentukan waktu subur wanita. Cara yang paling mudah ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid. Kemudian, perhatikan sebarang perubahan hormon dan badan anda.
Walaubagaimanapun, mengira waktu ovulasi sahaja bukanlah cara yang tepat untuk menentukan waktu kesuburan. Oleh itu, anda disarankan untuk mengenalpasti perubahan fizikal badan. Antaranya ialah :
1. Perubahan Mukus Serviks
- Mukus serviks adalah lendiran putih yang keluar dari serviks wanita. Ia pada kebiasaanya likat dan tidak berbau.
- Perubahan pada mukus serviks boleh dijadikan ukuran waktu subur wanita. Sehabis haid, mukus seviks biasanya akan bertambah secara beransur -ansur dan teksturnya juga semakin pekat dan likat.
- Perubahan ini diebabkan oleh peningkatan paras hormon estrogen dan menunjukkn bahawa proses ovulasi sudah hampir berlaku.
- 1/5 daripada wanita dapat merasai proses ovulasi mereka. Ia ditandakan dengan rasa sengal-sengal pada bahagian ari-ari sehingga ke rasa yang menusuk.
- Ia kadang-kadang digambarkan sebagai sakit pinggang yang berlaku pada sebelah badan sahaja.
- Jika anda sering merasai keadaan ini pada masa yang sama pada setiap bulan, cubalah periksa keadaan mukus serviks anda. Ia boleh manjadi penanda kepada waktu subur anda!.
- Anda akan lebih terasa terangsang untuk 'bersama' dengan suami. Anda juga akan merasa lebih seksi dan menawan.
Anda sudah berada dilandasan yang betul. Berusahalah secara baik dengan suami anda disamping doa dan tawakkal kepada Allah.
Anda juga boleh mencuba Tips Untuk Cepat Hamil disini :
Jika anda ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, anda boleh menghubungi saya ditalian berikut :
PN. SUHAIDA
SID : 997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com




0 comments:
Post a Comment