Anak-anak yang 'picky eaters' selalunya akan menyebabkan kita sebagai ibu risau dan kadangkala tertekan. Ini kerana sebagai ibu, kita pastinya mahu anak-anak mendapat nutrisi secukupnya. Jika anak-anak sukar makan dan 'picky eaters' sudah tentunya mereka akan kekurangan nutrisi tertentu yang mereka tidak ambil dalam makanan mereka.
![]() |
| Anak-anak sukar makan boleh menyebabkan si ibu tertekan |
FAKTOR MENYEBAB ANAK SUKAR MAKAN
Terdapat 2 faktor utama yang menjadi penyebab mengapa anak sukar makan, iaitu :
- FAKTOR FIZIKAL - Terdapat gangguan pada kesihatan anak-anak seperti gangguan pada sistem pencernaan atau mereka dijangkiti virus demam/selsema. Apabila keadaan ini berlaku, selera makan anak akan terganggu. Ibu bapa perlu memastikan anak sihat dan bebas dari jangkitan penyakit.
- FAKTOR PSIKOLOGI - Faktor ini terjadi apabila terdapatnya gangguan psikologi pada anak-anak seperti masalah rumahtangga ibu bapa, suasana makan yang tidak menyenangkan ataupun anak-anak dimarah dan dipukul akibat tidak mahu makan.
Berikut adalah beberapa tips dan cadangan bagi membantu anda berhadapan dengan anak-anak yang sukar makan ataupun 'picky eaters' :
1. VARIASI MAKANAN TETAPI DALAM JUMLAH YANG KECIL - Ibu disarankan untuk mempelbagaikan pilihan makanan anak-anak tetapi menyediakan setiap makanan tersebut dalam jumlah yang kecil sahaja. Contohnya, ibu boleh menyediakan 1 mangkuk kecil nasi putih bersama dengan sedikit sup sayur dan seketul ayam goreng. Tambahkan juga buah-buahan seperti hirisan epal / oren sebagai pencuci mulut mereka.
2. SAJIAN YANG MENARIK - Untuk menarik perhatian anak, ibu disarankan untuk lebih kreatif dalam menyediakan makanan. Ibu boleh menggunakan kreativiti bagi menghias makanan supaya boleh menarik selera anak-anak. Ini tentunya akan dapat menarik selera mereka untuk makan.
![]() |
| Kreativiti dapat menarik minat anak-anak |
3. JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG MENYERONOKKAN - Adalah sangat penting bagi ibu bapa bagi memastikan waktu makan anak-anak menjadi ceria dan mengembirakan. Elakkan darpada berlaku pergaduhan suami isteri sewaktu makan. Jika ibu bapa bekerja, pastikan anda memperuntukkan masa untuk makan bersama anak-anak. Keadaaan ini pastinya kan membantu psikologi anak-anak dan sekaligus menimgkatkan selera makan mereka.
![]() |
| Jadkan suasana makan lebih ceria dan menggembirakan |
4. SEDIAKAN JADUAL MAKAN YANG TERATUR - Adalah penting bagi ibu untuk menyediakan jadual waktu makan yang teratur untuk anak-anak. Ini adalah penting bagi memastikan anak-anak terdidik untuk makan secara teratur.
![]() |
| Penyediaan jadual makan yang teratur dapat membantu |
5. JANGAN MEMAKSA ANAK UNTUK MAKAN - Ibu harus mengelakkan dari memaksa anak-anak unttuk makan. Harus difahami bahawa kekerasan bukanlah cara terbaik bagi mendidik anak-anak. Sebaliknya, gunakan pendekatan lembut dan kreatif bagi memujuk anak-anak untuk makan. Contohya, anda boleh menceritakan kepada meraka tentang kelebihan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ceritakan juga tentang kebukuran yangakan berlaku jika mereka tidak makan sayur atau buah dalam menu mereka. Pendekatan ini akan mebantu mereka untuk faham tentang kepentingan makan secara sihat.
![]() |
| Jangan memaksa anak-anak untuk makan |
6. MASAK BERSAMA ANAK-ANAK - Penglibatan anak-anak semasa menyediakan makanan juga boleh membantu. Keadaan pastinya akan lebih gembira apabila anak-anak turut serta dalam menyediakan makanan kegemaran mereka. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, ia juga boleh mendidik anak-anak untuk rajin membantu ibu.
![]() |
| Libatkan anak-anak semasa menyediakan makanan |
Ibu juga boleh mencuba VITA-LEA FOR CHILDREN bagi membantu memenuhi nutrisi anak-anak. Baca selanjutnya di sini : VITA-LEA fir Children - Pelengkap Nutrisi Anak Anda!
PN. SUHAIDA
SID:997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com








0 comments:
Post a Comment