KEPUTIHAN adalah normal bagi golongan wanita. Ia dialami oleh semua wanita namun, apa yang membezakannya ialah keadaan keputihan itu sendiri (jumlah, warna dan kesan kepada vagina). Menurut pakar, keutihan berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita.
Bagi wanita hamil, keputihan yang mereka alami sedikit banyak berbanding wanita yang tidak hamil. Ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku dalam diri mereka akibat kehamilan tersebut. Paras hormon yang tidak seimbang menyebabkan peningkatan pengeluaran cecair vagina yang banyak serta penurunan PHnya.