Skinpress Rss

29 March 2015

Cara Atasi Tumit Kaki Pecah & Merekah

0

Masalah tumit kaki pecah dan merekah sering dialami oleh golongan wanita tanpa mengira usia. Walaupun kedaan ini tidak menyakitkan, tetapi ia akan menjejaskan penampilan wanita serta boleh menyebabakan rasa rendah diri.

Tumit kaki pecah & merekah menjejaskan penampilan wanita
Walaupun pada asasnya, tumit kaki pecah & merekah ini tidak megundang sebarang masalah kesihatan, namun ia menunjukkan bahawa seseorang wanita itu mengalami kekurangan air dalam badan yang menyebabkan kulit mereka menjadi kering, bersisik dan tidak sihat.



Jika anda salah seorang yang mengalami masalah timit kaki pecah & merekah ini, anda tidak perlu gusar. Jika kena cara dan rawatannya, anda tidak perlu membazir wang untuk bertemu doktor atau ke spa untuk merawat masalah anda.

Sebelum mengetahui tips rawatan, kita perlu tahu punca dan menyebab kepada masalah ini. Jom semakpenyebab kepada masalah ini :

  • Kekurangan pengambilan air masak meyebabkan kulit menjadi kering dan mula bersisik. Ia akhirya akan menyebabkan kulit menjadi keras dan mula pecah. 

  • Faktor ginetik juga merupakan salah satu faktor. Jika ahli keluarga anda adalah pengidap penyakit kaki seperti psoriosis, eksim dan penyakit tiroid, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah tumit pecah & merekah. 

  • Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan masalah tumit pecah. Ini kerana kaki anda tidak dapat menampung berat bahagian atas badan yang berlebihan. 

  • Jika anda hamil, adalah normal jika anda mula mengalami masalah tumit kaki pecah & merekah. ini kerana berat badan wanita mula bertambah selaras dengan pertambahan usia kandungan. Faktor perubahan hormon wanita hamil juga menyumbang kepada masalah ini. 

  • Pemilihan jenis material kasut juga merupakan salah satu faktor. Pastikan saiz kasut anda sesuai dengan ukuran kaki. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi bagi kerana ia akan memberi tekanan berlebihan kepada kaki. 

  • Kurang pengambilan vitamin, mineral dan zat besi juga merupakan penyebab masalah tumit kaki pecah & merekah. 
Berikut adalah tips rawatan untuk masalah tumit kaki pecah & merekah. Anda boleh mengikut garis panduan berikut bagi mengatasi masalah anda : 


  • Pastikan anda minum air masak secukupnya setiap hari. Jika cuaca panas, pastikan anda mengambil lebih air masak berbanding biasa. Kehadiran air yang mencukupi dalam badan akan mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit bersisik dan tumit pecah. 

  • Mengekalkan berat badan ideal sepanjang masa

  • Sentiasa menjaga kebersihan kaki bagi memastikan kaki anda berada dalam keadaan sihat

  • Membuat urutan kaki terutamanya pada bahagian tumit dan hujung jari. Anda juga boleh menyapu losyen atau minyak tertentu bagi mengekalkan kelembapan kulit. 

  • Mengambil suplimen bersesuaian bagi mnampung keperluan vitamin badan 


=========================================================================

Tahukah anda bahawa SHAKLEE ada mengeluarkan satu krim yang boleh digunakan untuk masalah kulit seperti kulit kering, masalah ekzema dan ruam serta untuk tumit kaki merekah. Ia dikenali sebagai Herbal Blend Multipurposes Cream.



Jika anda berminat untuk memiliki krim Herbal Blend ini, anda boleh menghubungi saya dengan cara berikut :

PN. SUHAIDA
SID : 997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...