Skinpress Rss

07 April 2015

Tercabar Untuk Kurus?? - Kisah Diri Sendiri

0

Semakin bertambah usia kandungan, semakin kuat debaran yang dirasakan. Walaupun ini adalah kandungan kedua, namun saya masih lagi berdebar-debar menanti kelahiran zuriat kedua ni. Kalau diikutkan perkiraan, usia kandungan saya sekarang ialah 15 minggu.

Alhamdulillah, perkembangan kandungan saya dan baby positif. Setiap kali check up di KK, bacaan HB dan tekanan darah normal. Cuma kenaikan berat badan saya agak perlahan. Pada lawatan minggu lepas ke KK (kandungan 14 minggu), berat badan saya hanya 42 kg. Walaupun ada kenaikkan 1 kg berbanding bulan sebelumnya, tapi berat masih ditahap kurang. Bacaan BMI ditahap kurang berat badan...huhu



Ntah la, sejak kelahiran Hanif Nawfal dulu, berat badan saya memang susah sangat nak naik. Sentiasa maintain pada 39 kg. Haaa, cuba bayangkan selama 2 tahun berat saya maintain 39 kg...hehee

Setiap kali balik ke kampung di kelantan, mesti akan ada orang-orang kampung yang tegur saya semakin kurus. Siap ada yang tanya rahsia kekal kurus lagi..hehe. Saya tak ada rahsia ok, memang sejak dari tahun ketiga saya di UTM, berat badan saya turun dan susah nak naik. Dulu masa zaman sekolah sampai la ke tahun 3 pengajian di UTM, badan saya agak chubby. Memang selalu kena perli dengan lecturer dan kawan-kawan lelaki. Masa tu, hanya SABAR je la..

Yang paling terkesan dihati saya ialah kata-kata seorang classmate lelaki. Masa tu saya ditahun dua pengajian UTM. Kebetulan kami sama-sama menyertai program khidmat masyarakat di Lenggong, Perak. Memang si lelaki ni mulut lepas. Kalau ada apa-apa yang dia tak puas hati dia akan cakap je tanpa fikirkan perasaan orang lain.Masa tu, kami tengah ada program ceramah di padang, so saya dan seorang kawan berjalan untuk duduk di kerusi yang disediakan. Kebetulan masa tengah mencari tempat duduk, si lelaki ni nampak saya alihkan sedikit kerusi untuk saya lalu. Dannn...dengan tak de perasaannya si lelaki ni menjerit kearah saya, 'Oii Sue, ko muat ke duduk tu, ko kan gemukkkk' .

saya(berbaju hijau) tahun pertama di UTM

Aduhaiii..bayangkan berapa banyak mata yang pandang ke arah saya bila si lelaki tu menjerit macam tu..Malu, memang usah cakap la, memang malu tahap maksimum kot..Tapi saya diamkan je..Dalam hati memang dah sumpah seranah si lelaki tu. Dannnn...masa tu jugakklah saya tekadkan diri untuk kuruskan badan.

Balik je semula ke UTM, memang saya kontrol pemakanan. Ditambah dengan kesibukan menyiapkan projek akhir degree saya berjaya kurus. Haaa...memang terkejut si lelaki tu lepas tengok perubahan saya. Sampaikan dia pun tegur saya, 'Sue..ko dah kuruss la sekarang' . Puas hati rasanya bila berjaya kurus.

Saya - tahun ketiga, semester dua (dah kurus tapi pipi maintain tembumm)

Hiiii..itulah sebenarnya rahsia macam mana saya boleh kurus. Dalam diam-diam saya berterima kasih kepada si lelaki tu kerana telah memalukan saya dulu. Tetapi sebab tu jugalah saya nekad untuk kurus. Kadang-kadang cabaran dan rasa geram pada seseorang boleh menjadi motivasi untuk kita berjaya kan..hihi

Saya - Hanif Nawfal 11 bulan

Haaa..panjang lebar cerita saya kan..hihi..
Harap2 lepas bersalin anak kedua nnti saya akan kembali ke bentuk asal dengan sedikit bertambahan berat badan.

Hakikatnya, walaupun dalam kategori badan yang susah untuk naik, saya sebenarnya juga risau kalau-kalau berat badan saya naik mendadak.Biasa la...wanita kan...sedikit sebanyak pasti akan risau kalau berat badan naik..hihi. Selepas habis bersalin anak pertama dulu, saya sangat menitikberatkan pemakanan saya. Saya cuba jarang mengambil makanan berat semasa makan malam. Jika ingin makan malam yang agak berat, saya akan makan sebelum pukul 8 malam. Saya juga mengambil jumlah makanan yang sedikit. Mungkin saya bertuah kerana saya cepat kenyang. So, agak bertuah saya kan..Alhamdulillah..

Walaupun agak kurus..namun saya selesa dengan diri saya sekarang. Sesuai dengan ketinggian saya yang hanya 150cm ni. Kalau berat bertambah, saya pastinya akan kelihatan 'rendang'..=)

========================================================================

Jika anda berminat untuk kurus, anda boleh mencuba Set Kurus Shaklee. Konsultasi percuma akan diberikan kepada anda.



PN. SUHAIDA
SID : 997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...