Skinpress Rss

11 March 2015

Tips Disiplinkan Anak - Semuanya Bermula Dari Rumah

0

'Setiap anak dilahirkan atas fitrah. Ibu bapa lah yang menyahudikannya, menasranikannya atau memajusikannya.' (Hadis Riwayat Bukhari)




Mendidik anak-anak adalah tugas berat yang dipertanggungjawabkan keatas ibu bapa. Ibu bapa berperanan dalam membentuk peribadi anak-anak sedari hari pertama mereka dilahirkan. Maka tepatlah jika dikatakan bahawa pendidikan anak-anak bermula dari rumah.



Jom saya kongsikan beberapa tips untuk mendisiplinkan anak dengan cara yang betul :  

1. IBU BAPA ADALAH 'ROLE MODEL' KEPADA ANAK-ANAK

Ramai ibu bapa pastinya sedar bahawa anak-anak pada peringkat 1 tahun keatas gemar meniru perilaku dan perbuatan orang dewasa. Lebih -lebih lagi jika mereka baru boleh bercakap.Kita pastinya biasa apabila anak-anak pada peringkat usia ini memanggil Ayah mereka dengan gelaran 'Abang'.

Keadaan ini sebenarnya berlaku kerana anak-anak cenderung untuk mengikut percakapan dan perbuatan orang dewasa. Pada tahap ini, mereka sangat mudah untuk terikut-ikut dengan persekitaran mereka. Oleh itu, sangatlah penting untuk ibu bapa menjaga perilaku dan pertuturan apabila berada dirumah.

Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak


2. MEMAHAMI FITRAH ANAK - ANAK

Ibu bapa disarankan untuk memahami fitrah anak-anak. Didiklah mereka sesuai degan umur dan perkembangan mental mereka. Jangan sesekali memaksa anak-anak untuk mengikut cara kita, sebaliknya ibu bapa perlu bijak memanipulasi suasana untuk menghasilkan suasana kondusif untuk anak-anak.


Jangan paksa anak melakukan sesuatu yang mereka tidak suka


3. ELAKKAN PUKUL, TENKING DAN MARAH ANAK SECARA KASAR

Tips yang seterusnya, ibu bapa harus mengelakkan diri mereka dari memukul, menengking dan memarahi anak-anak secara kasar. Ianya normal jika anak-anak tumpahkan air, menyelerakkan pakaian ataupun 'terlepas' kencing di dalam seluar. Ini kerana mereka masih kecil dan dalam proses belajar. Ibu bapa harus menggunakan pendekatan lebih lembut untuk mengajar mereka.

Ibu bapa boleh menasihati mereka secara lembut seperti : 'adik, kalau adik sepahkan pakaian, nanti rumah akan nampak berselerak. Nanti rumah kita tak cantik..'.

Pendekatan ini lebih baik berbanding : 'Jangan sepahkan rumah. Ibu penat nak kemas!.'

Jika perlu memukul anak-anak, niatkan untuk mengajar, bukan untuk menyakiti. Pukullah dengan perlahan.Jelaskan kepada mereka kenapa kita memukul mereka. Contohnya, 'Ayah pukul abang sebab ayah sayangkan abang. Ayah tak mahu abang terus lakukan perkara yang salah..'


Elakkan memukul, menengking dan memarahi anak-anak dengan cara yang kasar

4. PUJI ANAK-ANAK JIKA MEREKA MELAKUKAN SESUATU YANG BAIK

Lumrah manusia sukakan pujian dan penghargaan dari orang lain apabila mereka melakukan sesuatu yang baik. Begitu juga dengan anak-anak. Mereka perlu dipuji jika mereka melakukan sesuatu yang baik, cemerlang dalam pelajarn mahupun apabila berjaya dalam sukan.

Pujilah mereka agar ini akan memberi perangsang dan semangat untuk mereka lebih berusaha. Peluklah mereka semasa memberi pujian tersebut agar mereka merasa lebih dihargai oleh ibu bapa.

Peluk dan puji anak jika mereka melakukan sesuatu yang baik

5. BAGI PELUANG ANAK-ANAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT MEREKA

Ramai ibu bapa lupa bahawa anak-anak juga mempunyai pendapat mereka sendiri tentang sesuatu. Ibu bapa pada kebiasaanya lebih cenderung untuk menentukan sesuatu perkara untuk anak-anak. Contohnya, ibu lebih cenderung untuk menentukan baju mana yang sesuai untuk anak. Tidak salah jika sesekali ibu bapa bertanya pendapat anak-anak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.


Sesekali dengarlah pendapat anak-anak

6. IBU BAPA PERLU LEBIH BANYAK ILMU

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin mencabar, ibu bapa juga harus memperlengkapkan diri dengan ilmu 'parenting' yang mengcukupi bagi mendidik anak-anak. Keadaan jauh berbeza berbanding dengan zaman kita dahulu. Jika dahulu, kita panjat-panjat pokok, main polis sentry, sekarang anak-anak kita ada Ipad, Tablet. Totaly berbeza!

anak-anak dengan gadjet masing-masing

Sungguh mencabar menjadi ibu bapa dizaman seba canggih sekarang. Diharapkan agar dengan adanyatips diatas, dapat membantu ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak dengan cara yang betul. Anak-anak adalah aset yang aling beharga buat ibu bapa, Jadi, didiklah mereka dengan cara terbaik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...