Skinpress Rss

03 February 2015

Kehamilan Kedua Yang Dinanti

0



 Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulillah, seperti mana tajuk entri kali ni, saya ingin berkongsi mengenai kehamilan kali kedua yang memang sangat-sangat dinantikan oleh saya dan suami..


Suami saya memang suka dengan kanak2 dan sedari awal perkahwinan kami, dia memang impikan anak yang ramai..

Setelah putera sulung kami Hanif Nawfal menginjak usia 2 tahun, keinginan untuk menambah ahli keluarga semakin bertambah. Di usia 2 tahun, Hanif menunjukkan reaksi yang dia sangat bosan sebab tiada kawan untuk bermain. Ditambah lagi dengan situasi dimana dia sepenuhnya dijaga oleh saya dan tidak pernah dihantar ke mana2 taska or pengasuh, menjadikan dia bertambah manja dan suka memerap. Sedar dengan situasi tersebut, suami mendesak saya untuk berhenti mengambil pil perancang (Ya, saya memang mengambil pil perancang walaupun suami agak keberatan untuk memberi kebenaran..hihi)

Saya mula berhenti dari mengambil pil perancang pada JUN 2014. Masa tu tawakkal dan berdoa semoga tidak terus mengandung dalam masa terdekat, yela kan..risau gak kalau terus mengandung takut2 masih ada kesan pil perancang dan ia akan beri kesan pada baby. Masa ni saya amalkan pengambilan Pati Delima Gulsan + Madu bagi membersihkan sistem dalaman. Tapi selepas 3 bulan dan saya yakin yang sistem saya dah bersih dari sisa pil perancang, saya mula berdoa semoga dapat hamil secepat mungkin.

Bermula SEPTEMBER 2014 bermula la penantian saya dan suami. Setiap bulan kami berharap agar ada perkhabaran gembira (Alhamdulillah, period saya teratur sejurus berhenti mengambil pil perancang.Mungkin ditambah dengan pengambilan Pati Delima Gulsan + Madu..Alhamdulillah.)

SEPTEMBER -ve, OKTOBER -ve, NOVEMBER -ve...Ya Allah, setiap bulan dilanda kecewa..setiap kali period rasa berat je nak bagitau suami. Yela kan saya pasti dia akan kecewa sebagaimana saya kecewa. Tapi tabahkan juga hati bagitau. Sedih sangat2 bila tgk muka suami..tergambar kekecewaan yang amat sangat.

DISEMBER sekali lagi -ve..masa ni period datang 20hb..dah nekad dalam hati, kali ni mesti kira betul2 waktu kesuburan..tak boleh miss langsung!..masa bulan ni, kekecewaan bertambah2 bila dapat tahu kedua2 kakak ipar dah mengandung walaupun anak diorang lebih muda dari usia putera sulung saya. Suami hanya mendiamkan diri bila MIL bagitau berita tersebut. 'Murah rezeki diaorang' ini je yang keluar dari mulut suami sambil pandang saya. Ya Allah, masa ni nak nangis je rasa. Tapi tabahkan juga hati..pujuk diri sendiri supaya bersabar dan redha dengan aturan Allah. Suami pula seakan menyalahkan saya..mungkin sebab saya mengambil pil perancang sebelum ni tanpa kerelaan dia. Ada suatu ketika tu, seingat saya awal JANUARI. Saya dah geram sangat dengan suami bila dia seakan berterusan menyalahkan saya, saya katakan pada dia :

' Ini semua aturan Allah, Dia tahu masa bila sesuai untuk kita dapat anak no. 2. Walau dulu sayang ambil pil, tapi kalau Allah nak bagi, DIA akan bagi..Bukan B ke selalu ingatkan sayang ttg kebesaran Allah, Perancangan DIA lagi baik dari perancangan kita..? Mcm mn klu B yang sebenarnya bermasalah sebab seingat sayang, period sayang teratur sejak dari sayang stop ambil pil..'
(konfiden je ckp mcm tu padahal dah tahu, walau period teratur tak semestinya kita subur..tapi sbb geram sangat..terpaksa guna kaedah reverse psikologi) hihi

Alhamdulillah, mungkin rezeki dari Allah JANUARI 2015 period saya lambat dan tak datang terus sebenarnya!..Masa tu seminggu sebelum tarikh jangkaan period bulan Jan, saya dah rasa loya2..bila makan rasa mual dan pening..juga kerap ke bilik air pada waktu malam. Masa tu dah terdetik dalam hati, mengandung ke ni??..tapi sebab takut kecewa lagi, saya diamkan je..kadang2 perubahan hormon sebelum period pun buat kita loya2 kan..

Saya ingatkan suami tak perasan semua yang saya alami, rupanya dia perasan dan agak saya dah mengandung..so, lantas dia bertanya ' ke sayang dah mengandung?' dan memaksa saya untuk melakukan UPT..saya pada mulanya enggan sbb period masih belum lambat lagi..tarikh sepatutnya period pun masih belum lepas..risau gak kan takut kecewa lagi..

ALHAMDULILLAH..kali ni +ve, Ya Allah rasa bersyukur sangat2..rasa macam dah lama sangat tunggu detik2 ni..Bila tunjuk kt suami, dia pun tersenyum puasss..tergambar kegembiraan di wajah suami..ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH..akhirnya penantian kami terjawab..


Kalau diikutkan tarikh last period, sekarang saya hamil 6 minggu. Masih belum ke klinik untuk membuat buku merah..hihi
InsyaALLAH usai usia kandungan 10 minggu saya akan ke klinik..
Inilah cerita penantikan kehamilan saya dan suami. Banyak duka dan sedih bila setiap bulan keputusan -ve. Suami yang sebelum ni sangat tenang pun jadi tak keruan bila terlalu mengharap. Inilah yang terjadi apabila kita terlalu mengharapkan sesuatu, kita hilang pengangan dek kerana terlalu taksub..

Rasanya cukup la setakat ni entri ni..untuk entri seterusnya saya akan kongsikan suppliment yang saya ambil untuk kehamilan kali ni..InsyaALLAH..

Assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...