Skinpress Rss

14 April 2015

Tips Cegah Stretch Mark Semasa Hamil

0

Stretch Mark sering terjadi pada ibu hamil disebabkan kulit yang meregang secara mendadak akibat pembesaran janin dalam kandungan. Kulit yang meregang ini akan menyebabkan rasa gatal pada bahagian terbabit. Bahagian perut dan paha antara tempat yang sering terjadinya stretch mark.

Kehadiran stretch mark ditandai dengan timbulnya garis-garis pada permukaan kulit. Garis-garis tersebut biasanya akan berwarna gelap dan akan beransur-ansur menjadi warna puti kelabu apabila kawasan tersebut kembali pada saiz normal.





FAKTOR TERJADINYA STRETCH MARK :

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya stretch mark.Antaranya ialah :
  • Keregangan kulit secara berlebihan pada wanita hamil disebabkan oleh pembesaran janin didalam kandungan. Kajian menunjukkan rahim wanita berkembang lebih daripada 500 kali ganda sewaktu hamil. Jadi bayangkan bagaimana bahagian kulit akan meregang!. 
  • Pemakanann yang  tidak seimbang serta kekurangan Vitamin C dan Vitamin E.
  • Elastisiti kulit berkurangan akibat pertambahan umur. Jadi, kulit akan menjadi kurang anjal dan mengendur. 
  • Pertambahan berat badan secara berlebihan semasa kehamilan juga menyumbang kepada kehadiran stretch mark.
CARA MENGHILANGKAN STRETCH MARK :

Berikut adalah beberapa saranan bagi membantu mengurangkan stretch mark semasa hamil :
  • Elakkan dari menggaru tempat stretch mark. Jika terlalu gatal, ibu disarankan untuk menggosok secara lembut tempat berkenaan menggunakan tapak tangan sahaja. 
  • Minum lebih banyak air putih. Ibu hamil disarankan mengambil 8-10 liter air masak setiap hari bagi menampung keperluan tubuh. Ia juga dapat membantu mengurangkan kesan kekeringan kulit dan stretch mark. 
  • Mengamalkan gizi yg seimbang dalam pemakanan harian. Ini adalah penting bagi memastikan ibu hamil mendapat khasiat yang secukupnya bagi menampung keperluan nutrisi bayi dalam kandungan. Lebihkan mengambil buah - buahan da sayur - sayuran. 
  • Mengekalkan berat badan ideal sepanjang kehamilan. Ibu hamil disarankan bagi memastikan kenaikan berat badan adalah selaras dengan peningkatan usia kandungan. Ini juga akan membantu mengurangkan kesan stretch mark. 
  • Ibu hamil juga disarankan untuk mengamalkan senaman ringan sepanjang tempoh kehamilan. Selain ia baik untuk kesihatan bayi, ia juga mampu mengurangkan kesan stretch mark semasa kehamilan. 
  • Bagi mengurangkan kesan stretch mark dan rasa gatal, ibu disarankan untuk menyapu krim atau losyen yang bersesuaian. Ia akan membantu kulit sentiasa lembap dan sekali gus mengurangkan kesan stretch mark.
APA YANG SHAKLEE TAWARKAN BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN KESAN STRETCH MARK?

Shaklee memperkenalkan Herbal Blend Multipurpose Cream bagi membantu mereka yang mengalami masalah kulit kering dan merekah. Ia juga sesuai bagi mengurangkan stretch mark pada wanita hamil.


Krim ini membantu melembapkan kulit dari dalam dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Ia juga mempunyai bau yang menenangkan.


Diharapkan dengan sedikit perkongsian diatas akan dapat membantu ibu hamil bagi mengurangkan masalah stretch mark yang dialami oleh mereka.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Herbal Blend Multipurpose Cream, anda boleh menghubungi saya dengan cara berikut. Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee dan mmbeli terus dari sana dengan menggunakan ID 997703.

PN SUHAIDA
SID 997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...