Skinpress Rss

08 April 2015

Kanser Serviks : Gejala, Penyebab dan Pencegahannya

0

Kanser Serviks atau juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim merupakan penyakit yang sangat ditakuti oleh wanita selain Kanser Payudara. Data WHO menvatatkan peningkatan kes kanser serviks dikalangan wanita saban tahun.


Kanser serviks menyerang pada bahagian pangkal rahim wanita atau lebih spesifik dibahagian 'sempit' yang terletak dibawah bahagian rahim wanita.



JENIS-JENIS KANSER SERVIKS 
Terdapat dua keabnormalan pada sel pangkal rahim sebelum ia menjadi kanser :
  1. ATYPIA - Berlaku sedikit perubahan pada sel serviks yang mana ia boleh dikesan menggunakan ujian pap smear. Jika perubahan sel ini dikesan, wanita tersebut akan dirujuk kepada pakar untuk ujian selanjutnya. 
  2. DYSPLASIA - Berlaku perubahan luar biasa ada sel serviks. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).
Terdapat 2 jenis utama kanser serviks iaitu :
  1. Squamous cell carcinoma
    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
  2. Adenocarcinoma.
    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.
PENYEBAB KANSER SERVIKS
Secara umumnya, terdapat beberapa penyebab kepada kanser serviks ini. Ia dibahagikan kepada dua faktor iaitu  faktor boleh dikawal (merokok, seks bebas) dan faktor tidak boleh dikawal (keturunan, umur).

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kanser serviks pada wanita :
  1. Jangkitan virus HPV ( Human Pappiloma Virus) - ia merupakan penyebab utama kanser serviks. Virus ini dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. 
  2. Mengamalkan seks bebas
  3. Mula melakukan seks pada usia yang terlalu muda mempunyai risiko 2x ganda lebih tinggi untuk dijangkiti kanser serviks.
  4. Wanita yang dijangkiti HIV mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti kanser serviks.
  5. Merokok, kurang pengambilan vitamin C dan vitamin E serta kurang asid folik.
  6. Mengamalkan pil perangcang keluarga untuk jangka masa yang lama.
GEJALA KANSER SERVIKS 
Terdapat beberapa gejala awal yang boleh dijadikan penanda kepada kanser serviks. Antaranya ialah:
  1. Berlaku pendarahanselepas habis kitaran haid atau dalam tempoh kering haid. 
  2. Berlaku pendarahan haid yang banyak dan dalam masa yang lama. 
  3. Merasa sakit ketika berhubungan dengan suami dan berlaku pendarahan. 
  4. Keputihan atau lelehan cairan serviks yang banyak dan berubah warna.
  5. Kembali berlaku pendarahan walaupun sudah menopause.
PENCEGAHAN KANSER SERVIKS 
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh wanita bagi mengurangkan risiko dijangkiti kanser serviks:
  1. Mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil vitamin secukupnya untuk menampung keperluan badan.
  2. Menghindari gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan seks bebas.
  3. Menjaga kebersihan tubuh badan terutamanya bahagian sulit. 
  4. Lakukan ujian pap smear secara berkala. 
  5. Memperbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C dan vitamin E. 
Meskipun demikian, jika anda sudah dijangkiti kanser serviks, anda dinasihatkan supaya jangan putus asa untuk hidup. Teruskan dengan perubatan yang disyorkan oleh doktor disamping bertawakkal dan berdoa kepada Allah.

Anda juga boleh mencuba alternatif perunatan tradisional dan mengambil supplimen tertentu bagi meredakan kanser serviks tersebut. Apa yang penting ialah anda tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencari panawar.

========================================================================
InsyaAllah pada entry seterusnya saya akan kongsikan kisah CANCER SURVIVOR yang berjaya pulih dari kanser yang dihidapinya setelah menggunakan produk shaklee.


PN. SUHAIDA
SID:997703
019-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email: nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...