Setiap ibu pastinya mahu menyusukan bayi mereka sepenuhnya tanpa perlu memberi susu formula. Namun, tidak semua ibu yang bertuah dan berpeluang untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif.Sesetengah ibu mengalami masalah dengan penghasilan susu yang sedikit ataupun masalah dengan struktur puting payudara mereka.
Jika ibu hanya mempunyai masalah penghasilan susu yang sedikit, ibu mungkin boleh mencuba beberapa kaedah tertentu untuk menambah susu badan. Berikut adalah 10 tips yang boleh dicuba oleh ibu untuk menambah susu badan mereka :
1. Kerap MENYUSU
Kadar kekerapan menyusu memainkan peranan penting dalam memastikan susu ibu bertambah banyak dan mencukupi untuk menampung keperluan bayi. Ibu digalakkan untuk menyusukan bayi setiap 2 jam. Jika bayi tidur terlalu lama, ibu harus mengejutkan bayi untuk menyusu.Kekerapan menyusu membantu penghasilan susu yang berterusan oleh ibu.
2. Fahami Konsep SUPPLY over DEMAND
Ibu seharusnya memahami konsep SUPPLY over DEMAND bagi memastikan susu mereka tidak 'DROP' pada saat bayi masih memerlukan susu untuk tumbesaran mereka. Konsep ini menekankan bahaya lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak susu yang akan terhasil. Ini kerana, apabila terdapat rangsangan dari bayi, kelenjar pituitari (dalam otak) akan menghasilkan lebih banyak susu.
Oleh itu, lebih kerap bayi menyusu, akan lebih banyak rangsangan akan terhasil bagi 'memberitahu' otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.
3. Menyusu Menggunakan Kedua-dua Payudara
Semasa menyusukan bayi, ibu seharusnya menggunakan kedua-dua belah payudara sehingga bayi kenyang Jangan sesekali membiarkan bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja. Ini penting bagi memastikan kedua - dua belah payudara dirangsang bagi menghasilkan susu secara berterusan dan dalam kuantiti yang diperlukan oleh bayi. Ia juga penting bagi mengelakkan penghasilan susu yang tidak seimbang diantara kedua-dua belah payudara. Keadaan ini akan menyebabkan saiz payudara ibu tidak sama (besar sebelah).
4. Jarak Penyusuan
Jarak penyusuan bayi perlu juga diambil berat oleh ibu. Pastikan jarak penyusuan bayi tidak melebihi 2 jam. Jika bayi lebih suka tidur, pastikan ibu mengejutkan bayi untuk menyusu setiap 2 jam. Keadaan ini penting bagi merangsang penghasilan susu oleh otak.
Jarak penyusuan setiap 2 jam juga membantu mengelakkan ibu mngalami keadaan bengkak susu yang semestinya menyakitkan.
5. Penyusuan Dua Kali
Apakah penyusuan dua kali? Penyusuan dua kali ialah ibu menyusuakan bayi sebanyak 2 kali untuk setiap sesi. Sendawakan bayi selepas penyusuan pertama. Langkah sendawakan bayi ini menjurus kepada lebih banyak ruang didalam perut bayi bagi memeuatkan lebih banyak susu. Selepas itu, ibu meneruskan penyusuan untuk kali kedua.
Langkah ini juga dapat membantu ibu menggunakan kedua-dua belah payudara semasa menyusukan bayi.
6. Pola Pemakanan Ibu
Faktor pemakanan juga penting dalam memastikan susu ibu sentiasa mencukupi. Ibu seharusnya mengambil makanan berkhasiat mengikut piramid makanan sihat bagi memastikan penghasilan susu tidak terjejas. Selain itu, ibu juga perlu mengambil makanan yang bernutrien dan mengelakkan makanan segera yang mengandungi banyak bahan kimia yang merbahaya.
Tips pemakanan ibu menyusu :
- Mengambil makanan mengikut piramid makanan sihat
- Mengambil lebih banyak air masak bagi menampung keperluan badan
- Elakkan mengambil makanan / minuman ynng mengandungi kafien, alkohol dan berkarbonat
- Elakkan pengambilan sebarang ubatan yang boleh menganggu penyusuan
7. Penyusuan Malam
Menyusukan bayi diwaktu malam sangat digalakkan kerana ia boleh meningkatkan penghasilan susu. Ini kerana, pada waktu malam, ibu dan bayi lebih tenang dan relaks, yang membolehkan bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap. Penyusuan malam juga membantu penghasilan hormon prolaktin yang diperlukan untuk penghasilan lebih banyak susu.
8. Penyusuan Baby Sling
Bayi sangat suka jika bersentuhan dengan ibu semasa menyusu. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Jadi, ibu digalakkan untuk menggunakan teknik penyusuan baby sling semasa menyusukan bayi.
9. Berfikiran POSITIF
Ibu digalakkan untuk berfikiran POSITIF semasa menyusukan bayi. Fikirkan tentang bayi anda dan khasiat yang mereka akan dapat hasil dari penyusuan yang berjaya. Sentiasa tersenyum dan berzikir semasa proses penyusuan juga membantu menambah susu ibu.
10. Milk Booster
Pengambilan Milk Booster atau perangsang penghasilan susu juga penting bagi memastikan ibu dapat menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi. Setiap ibu mempunyai milk booster mereka yang tersendiri. Oleh itu, ianya sangat penting bagi ibu untuk mengetahui milk booster mereka dan seterusnya mengekalkan pengambilan milk booster tersebut bagi membantu penghasilan susu yang berterusan untuk bayi mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MILK BOOSTER SHAKLEE >>>
Shaklee juga ada menawarkan produk MILK BOOSTER bagi membantu ibu menambah susu badan mereka. Jom kenali MILK BOOSTER terhebat ini :
Jika anda berminat untuk memiliki MILK BOOSTER terhebat ini, anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi secara PERCUMA.
Anda yang MENENTUKAN pemakanan si manja anda..
Harus dimulai sedar bayi lagi..
PILIHAN ditangan anda..!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PN. SUHAIDA
SID 997703
09-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com




0 comments:
Post a Comment