Tips Memilih Bra Menyusu (Nursing Bra) untuk Ibu Menyusu
Posted by
Unknown
|
at
18:44
Perubahan saiz payudara biasanya akan bermula pada trimester pertama kehamilan. Ia berlaku selari dengan persediaan untuk membolehkan ibu menyusu bayi mereka setelah dilahirkan nanti. Pada tahap ini, ibu hamil perlu menggunakan bra / baju dalam yang sesuai bagi menampung perubahan saiz payudara mereka.
Bagi sesetengah ibu hamil, mereka mengambil langkah selamat dengan menggunakan bra menyusu sedari mereka di alam kehamilan lagi. Keadaan ini dapat membantu mereka berjimat selain memberi keselesaan kepada mereka sepanjang proses kehamilan.
APAKAH BRA MENYUSU?
Bra menyusu direka khas untuk ibu menyusu. Ia berlainan sedikit berbanding bra biasa kerana ia mempunyai klip bukaan khas dibahagian depan (nipple) yang bertujuan memudahkan ibu menyusu bayi mereka tanpa perlu membuka keseluruhan bra. Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya
menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada ibu apabila menyusui bayi di tempat awam.
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih bra menyusu :
1. Klip Bukaan (flaps) yang senang dibuka
Adalah penting bagi ibu menyusu bagai memastikan bra menyusu yang dipilih mempunyai klip bukaan yang boleh dibuka / ditutup dengan sebelah tangan sahaja. Ini penting bagi ibu kerana bayi tidak menpunyai masa dan tempat khusus untuk merasa lapar!
2. Pilih ukuran / Saiz yang sesuai
Pemilihan ukuran / saiz yang sesuai sangat penting bagi memberi keselesaan kepada ibu dan bayi. Selain itu, saiz yang sesuai penting bagi mengekalkan bentuk payudara ibu (penting bagi menjaga aset si ibu!)
Bagaimana memilih dan menentukan saiz bra yang betul?
Ambil
pita pengukur, berdiri tegak dan ukur lilit badan di bahagian atas dada
di bawah ketiak. Setelah dapat bacaan tersebut merupakan saiz bra anda.
Sekiranya bacaan adalah nombor ganjil, +1. Sekiranya bacaan adalah
nombor genap .5, -0.5. Contoh; bacaan 34.5, maka saiz bra ialah 34.
Tetapi sekiranya bacaan adalah 35, maka saiz bra ialah 36.
Untuk
mengetahui saiz cup pula buat ukur lilit badan seperti tadi tetapi
lilitan diukur di nipple. Bacaan ini hendaklah ditolak dengan saiz bra.
Beza bacaan ini menetukan saiz cup anda.
Beza 1 = A
Beza 2 = B
Beza 3 = C
Beza 4 = D
3. Hindari 'underwired' bra
Ibu menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan wired bra. Ini adalah kerana ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak.Bra menyusu biasanya dibuat tanpa wayar dan menggunakan fabrik yang selesa.
4. Pilih fabrik yang sesuai (menyerap peluh & mudah dibasuh)
Pemilihan fabrik juga penting bagi memastikan ibu selesa semasa menggunakan bra menyusu. Ibu digalakkan untuk memilih bra menyusu yang diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh. Fabrik kapas adalah pilihan terbaik. Selain menyerap peluh, fabrik ini juga senang dibasuh dan tahan lasak.
Bagaimana cara basuhan yang betul untuk nursing bra?
Cara ini
tidak hanya khas untuk nursing bra tetapi untuk semua lingerie. Basuhan
tangan adalah yang terbaik dengan hanya menggunakan sedikit sabun
pencuci biasa. Jika menggunakan mesin basuh, seelok-eloknya masukkan
lingerie di dalam laundry net. Sidai di kawasan yang bukan direct kepada
matahari
Diharapkan info diatas dapat membantu ibu hamil & menyusu untuk memilih bra menyusu yang betul. Pemilihan yang tepat perlu bagi membantu ibu menyusukan bayi dengan selesa disamping menjaga aset kemahkotaan wanita mereka dengan baik !.
PN. SUHAIDA
SID 997703
09-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com
Terima kasih Pn Suhada. Sgt membantu.. :)
Maaf. Maksud saya Pn Suhaida
Terima kasih Pn Suhada. Sgt membantu.. :)
Assalam.. Saya ada menjual nursing bra / maternity bra yang berkualiti dengan harga berpatutan.. harga RM 110 untuk 4 helai.. kedai kami di Rawang. Puan juga boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat tentang cara pilih nursing bra yang betul, disini saya akan assist saiz yang bersesuaian. Apa saya perlukan adalah saiz bra sebelum pregnen, dan juga usia kehamilan.
whatapps saya 0148040892 - Just mention puan datang dari blog.. insyallah saya akan bagi gift bagi setiap pembelian.. terima kasih tuan punya blog..