Skinpress Rss

27 November 2015

5 Tips Kuruskan Badan - Perlu ada KEMAHUAN & ILMU!

0




5 tips untuk kuruskan badan. Ya, saya akan bincangkan topik ini khas untuk anda yang masih dibelenggu masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN.

Anda perlu sedar bahawa untuk kurus, anda perlu mempunyai dua perkara penting ini, iaitu KEMAHUAN dan ILMU PENGETAHUAN.

KEMAHUAN..!
Ya, anda perlu ada kemahuan yang tinggi untuk kurus. Kemahuan yang kuat ini akan membuatkan anda bersemangat untuk berusaha bagi mencapai berat badan impian. Jika ditanya KENAPA dan MENGAPA anda ingin kurus, anda perlu menjawabnya dengan yakin dan bersemangat.

ILMU PENGETAHUAN
Ilmu pengetahuan juga penting bagi anda yang ingin kurus. Anda perlu tahu tentang cara yang betul untuk menurunkan berat badan dengan selamat. ini penting bagi mengelakkan usaha anda sia-sia serta membazir masa dan wang. Anda perlu tahu bahawa menahan lapar bukanlah cara yang betul untuk menurunan berat badan.

13 November 2015

Tingkatkan Sistem Imun Dengan Bawang Putih

0


Sejak beribu tahun dahulu, bawang putih digunakan samaada dalam perubatan mahupun sebagai penyedap makanan. Seperti bawang merah atau bawang besar, bawang putih juga mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek.

Namun, sedikit berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang sahaja, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang kemudiannya membentuk kepada satu rumpun. Dipercayai tumbuhan ini berasal dari tanah pergunungan Asia Tajikistan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afganistan dan Pakistan. Walaubagaimanapun, bawang putih mendapat penekanan di China dan Korea. Di malaysia, tanaman ini kurang sesuai lantaran cuaca yang lembap dan banyak hujan sekaligus memudahkan serangan penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...