Nutrisi dan gizi seimbang harus dititikberatkan oleh setiap ibu hamil. Risiko kehilangan janin (keguguran) serta kecatatan bayi juga boleh dikurangkan sekiranya ibu hamil mengamalkan nutrisi dan gizi yang seimbang sepanjang tempoh kehamilan.
Asasnya, nutrisi dan gizi sihat untuk ibu hamil adalah sama dengan pemakanan seimbang yang perlu diambil oleh kita pada setiap hari. Bezanya, ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan kerana dikuaktiri akan menjejaskan kandungan. Ibu hamil juga perlu makan lebih banyak protien, kalsium, zat besi,vitamin c serta sayur-sayuran hijau.
Selaras dengan peningkatan usia kehamilan, keperluan nutrisi kepada ibu dan janin semakin bertambah. Pertumbuhan bayi dalam kandungan pada peringkat permulaan kehamilan (trimester pertama)sangat pesat dimana pada ketika itu, sel-sel bayi mula terbentuk. Pada saat ini, Asid Folik dan protien sangat2 diperlukan. Kkekurangan kedua-dua jenis nutrisi ini akan mededahkan janin kepada neural tube defect iaitu sejenis kecatatn pada tunjang saraf.
| Neural Tube Defets yang disebabkan oleh kekurangan asid folik semasa kehamilan |
Manakala pada trimester kedua, pertumbuhan bayi semakin pesat dimana sel-sel otak dan saraf mula terbina. Pengambilan sebarang jenis makanan yang mengandungi minyak omega 3 sangat-sangat digalakkan. Nutrisi omega 3 ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan saraf janin.
Berikut adalah nutrisi dan gizi seimbang yang digariskan oleh pakar kesihatan untuk ibu hamil :
Kalori : Semasa kehamilan, ibu memerlukan 300-400 kkal kalori setiap hari. Dan sumber kalori ini haruslah dari pelbagai sumber dan bervariasi. Sebaiknya, 55% daripada kalori diperolehi daripada sumber karbohidrat sepertii nasi dan ubi-ubian. Lemak dari sumber haiwan adalah sebanyak 35% dan 10% kalori dari sumber sayur-sayuran serta buah-buahan.
Asid Folik : Janin sangat memerlukan asid folik dalam jumlah yang sangat banyak bagi pembentukan sel-sel pada awal kehamilan. Pada saat ini, janin memerlukan 400 mikrogram asid folik setiap hari. Kekurangan asid folik akan menyebabkan NTB, sumbing dan janin tanpa tempurung kepala
Protien : Protien sangat diperlukan oleh janin bagi proses pembentukan sel-sel badan da sel darah. Setiap ibu hamil memerlukan 60 gram protien setiap hari. Sumber protien boleh didapati dari kekacang, putih telur, tempe dan daging.
Kalsium : Kalsium berfungsi dalam pembentukan tulang dan gigi janin. Pengambilan kalsium juga penting bagi ibu dimana ia dapat mengelakkan ibu dari osteoporosis . Hal ini kerana janin akan menyerap kalsium dari ibu semasa proses pembesaran. Jadi, ibu akan kekurangan kalsium dalam badan. Susu dan produk olahannya merupakan sumber terbaik kalsium.
Vitamin A : Vitamin A adalah berfungsi untuk pemeliharaan fungsi mata, pertumbuhan tulang dan kulit.
Zat Besi : Zat besi diperlkan bagi pembinaan sel darah merah ( hemoglobin). Ia juga dapat mengurangkan risiko anemia dikalangan ibu hamil. Sebanyak 30mg zat besi diperlukan oleh ibu hamil pada setiap hari. Sumber zat besi ialah hati, daging & ikan.
Vitamin c : Ibu hamil memrlukan vitamin c bagi membantu pemyerapan zat besi. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan gigi dan gusi ibu.
Vitamin D : Vitamin D diperlukan oleh ibu hamil bagi membantu penyerapan kalsium dan seterusnya membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi janin.
Jika ibu hamil tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti anemia, gusi berdarah atau pendarahan, ibu hamil tersebut bleh dikatakan mendapat nutrisi dan gizi yang seimbang. Bagaimana pula jika ibu hamil kekurangan nutrisi dan gizi seimbang?. Hal ini sangat menakutkan kerana kedua-dua ibu dan janin berada dalam keadaan yang membimbangkan. Risiko kelahiran pra matang, kecatatan janin dan pendarahan serius semasa kelahiran akan meningkat.
Oleh itu, pengambilan nutrisi dan gizi yang seimbang sangat penting bagi ibu hamil. Disini saya sarankan ibu hamil untuk membuat pilihan bijak dalam memastikan janin yang dikandung mendapat nutrisi yang sepatutnya.
Jom pilih set kehamilan shaklee..! Ianya lengkap dan menyeluruh merangkumi semua nutrisi dan gizi yang diperlukan oleh ibu hamil. Dan yang paling penting ianya 100% semulajadi.
Hubungi saya sekarang..!



0 comments:
Post a Comment