Skinpress Rss

02 March 2015

Bahaya HB Rendah Ketika Hamil

0

Bahaya HB rendah ketika hamil! Jom kita bincangkan..

HB merupakan singkatan bagi HEMOGLOBIN yang digunakan dalam dunia perubatan. Bagi wanita hamil, mereka akan terbiasa dengan bacaan HB sepanjang tempoh kehamilan mereka. Setiap kali check up mereka perlu melakukan ujian HB bagi mengawal tahap bacaan HB mereka.



Apakah bacaan HB normal pada wanita hamil?


Dalam catatan perubatan, bacaan HB normal bagi wanita hamil ialah pada julat 11-12g/dL (gram/deciliter) . Manakala paras normal bagi wanita biasa ialah pada julat 11.5 - 16.5g/dL (gram/deciliter). Paras bacaan ini sangat penting bagi mengukur tahap kesihatan dan sekaligus dapat membantu mengesan gejala anemia dikalangan wanita hamil.




Apakah punca HB rendah?


Antara punca HB rendah yang dikenalpasti berlaku dikalangan wanita hamil ialah :
  • Kekurangan Zat Besi, Folate (Asid Folik) dan Vitamin B12
  • Pendarahan (PV Bleeding)
  • Kanser
  • Penyakit Buah pinggang/hati
  • Hypotyrodism
  • Thalasemia

Apakah risiko HB rendah pada wanita hamil? 


Apabila paras bacaan Hemoglobin rendah, seseorang berisiko untuk mengidap Anemia. Apabila jumlah sel darah merah yang matang dan sihat berkurangan, bekalan oksigen yang diangkut juga berkurangan. Ini akan menyebabakan mereka cepat letih, mudah pitam/pengsan serta selalu mengantuk. Bagi wanita hamil pula, bayi dalam kandungan merka akan terjejas kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Kesan lain pada wanita hamil ialah :
  • Ibu akan selalu pitam/pengsan
  • Risiko keguguran janin
  • Pendarahan semasa hamil/bersalin
  • Mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti selsema/demam

 

Risiko pada bayi dalam kandungan : 


Manakala kesan kepada bayi dalam kandungan adalah seperti berikut :
  • Pertumbuhan janin terbantut (IUGR)
  • Kelahiran pra matang
  • Berat bayi < 2.5kg
  • Asphyxia/bayi lemas semasa lahir
  • Stillbirth/kematian semasa kelahiran

Bolehkah anemia dikesan pada peringkat awal? Apakah simptom anemia?


Ya, anemia boleh dikesan pada peringkat awal.Jika anda mengalami simptom-simptom berikut, terutamanya ketika hamil, Anda berisiko mengidap anemia! 
  • Keletihan melampau & kerap
  • Kerap pitam / pening kepala
  • Mudah sesak nafas
  • Pucat
  •  Berat badan menurun
  • Kadar denyutan jantung menigkat
  • Lemah daya ingatan

Apakah pemakanan yang baik untuk mengatasi Anemia?


Bagi wanita hamil yang mengalami masalah HB rendah, langkah pemakanan berikut dapat membantu anda : 
  • Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti bayam, spirulina, kekacang serta makanan kering seperti prun, kismis, buah tin dan kurma
  • mengelakkan makanan yang menganggu penyerapan zat ke dalam badan seperti  kopi, teh dan makanan berlemak. 
  • Mengambil bekalan vitamin yang dibekalkan oleh doktor mengikut dos dan jadual yang ditetapkan. 

Dan, sebagai altenatif lain, wanita hamil digalakkan untuk mengambil VITALEA supplimen semulajadi shaklee yang dirumus khas dengan 28 vitamin dan multimineral. Ia mengandungi zat lengkap termasuk zat besi, vitamin B 12, magnesium, kalsium serta zat-zat lain yang diperlukan oleh tubuh. 

Kandungan nutrisi VITALEA shaklee



Kehamilan adalah saat terindah dalam kehidupan wanita. Setiap saat harus dinikmati bukannya dikesali. Oleh itu, elakkan sebarang kemungkinan kehilangan kandungan dan kelahiran pra matang. Pilihan ditangan anda!. Anda yang menentukan suplimen terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan. 

Hubungi saya sekarang !


Pn. Suhaida (SID : 997703)

019-4880520 (SMS / WHATSAPP)

Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...