Skinpress Rss

01 February 2016

Tips Elak Bayi Tersedak Susu

0



Saban tahun, kes bayi tersedak susu semakin meningkat. Ini sememangnya menjadi MIMPI NGERI buat pasangan ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan situasi bayi mereka meninggal kerana tersedak susu.

Sebagai seorang ibu, mendengar berita berkenaan kematian bayi akibat tersedak susu sudah cukup meruntun jiwa, apatah lagi apabila memikirkan ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Allahuakbar, minta dijauhkan dari kita semua.



 

Tersedak susu berlaku apabila susu yang diminum oleh bayi termasuk kedalam saluran pernafasan menyebabkan kesukaran bernafas pada bayi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tersedak susu dikalangan bayi. Antaranya ialah :
  • Teknik penyusuan yang tidak betul oleh ibu. 
  • Membiarkan bayi menyusu sendirian (kes penggunaan botol susu)
  • Aliran susu ibu yang laju menyebabkan bayi tidak dapat mengawal pernafasan semasa menyusu

Disini, saya akan kongsikan 5 tips yang boleh diperaktikkan oleh ibubapa bagi mengelakkan tersedak susu pada bayi mereka.

# TIPS 1 
 

Posisi menyusu bayi memainkan peranan penting dalam memastikan bayi tidak tersedak susu. Ibu digalakkan untuk menyusukan bayi dalam keadaan menegak (upright position). Posisi ini membolehkan bayi menyusu dengan selesa dan menghalang susu dari mengalir ke saluran pernafasan.

#TIPS 2


Selepas menyusukan bayi, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada aras perut. Keadaan ini kan mengelakkan susu yang baru diminum tidak masuk kedalam saluran pernafasan. Elakkan juga dari meletakkan bayi secara terlantang selepas menyusu. Posisi mengiring adalah pilihan terbaik.

#TIPS 3
 

Sendawakan bayi sejurus selepas menyusu sangat-sangat disaranan bagi mengelakkan kejadian tersedak susu. Udara yang disedut bersama-sama susu semasa bayi menyusu akan dikeluarkan melalui sendawa. Ini sangat penting bagi mengelakkan bayi muntah ketika tidur dan kebarangkalian untuk tersedak dapat dikurangkan.

#TIPS 4
 

Selepas menyusu, elakkan dari menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pastikan bayi dipakai baju yang longgar dan jika memakai barut, pastikan talinya tidk diikat terlalu ketat.

#TIPS 5
 

Setiap ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan teknik rawatan kecemasan bagi bayi tercekik/tersedak. Ini sangat penting kerana rawatan awal dapat mengelakkan keadaan bayi menjadi lebih teruk.

Berikut adalah contoh teknik asas yang boleh digunakan :

Letakkan bayi anda di atas tangan dengan muka ke bawah dan berikan 5 hentakan diantara tulang belikat. Jikalau bayi masih anda tanda tanda tesedak tetapi masih lagi sedar teruskan dengan “5 chest thrust”  seperti gambarajah dibawah.  Jika bayi tidak sedar – teruskan dengan “cardiopulmonary resuscitation”.



 
  

Akhirkata jika anda berada dalam situasi berhadapan dengan bayi tersedak jangan panik, seboleh-bolehnya belajar “cardiopulmonary resuscitation” terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jikalau berhadapan dengan situasi sebegini.


Jikalau terpaksa meninggalkan bayi anda di pusat jagaan kanak-kanak – pastikan memantau pusat jagaan tersebut sebelum menghantar anak anda ke sana dan menentukan bagaimana penjaga mengendalikan bayi dan juga pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai

PN. SUHAIDA
SID 997703
09-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...