Skinpress Rss

02 February 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

0


Assalamualaikum wbt..

Hari ni rasa macam nak bercerita tentang pengalaman bersalin anak kedua..heee, walaupun sekarang baby dah 4 bulan lebih, tapi saya nak cerita gak..! Lebih-lebih lagi bila sekarang ni heboh kat laman facebook tentang bersalin normal dan bersalin secara pembedahan (ceaser). Bertambah-tambah gelojak hati nak menulis..;)

Kadang-kadang saya pun tak faham dengan masyarakat kita ni. Benda remeh macam ni pun boleh jadi isu. Yela kan..bersalin normal or ceaser bukan kita yang tentukan.Kalau tanya semua wanita, mesti mereka nak bersalin normal kan,tapi kadang-kadang keadaan yang tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, saya bertuah kerana setakat ni, kedua-dua anak saya dilahirkan secara normal, dan di hospital yang sama. Saya dan suami anak kelantan ye..so, seboleh-bolehnya mahu anak kami juga dilahirkan di bumi kelantan..hehe.

Due anak kedua saya ialah 27 September 2015, dan secara kebetulan ia jatuh pada cuti persekolahan penggal kedua + cuti hari raya haji. Masa mula-mula dapat due dari KK dulu,mmg dah pasang niat nak bersalin dalam masa cuti sekolah tu dan di bumi Kelantan. Memang itu antara doa saya dan suami sepanjang tempoh mengandung. Selain tu, saya juga berdoa agar dapat bersalin secara normal dan dengan doktor perempuan (sy bersalin di hospital goverment, jadi tak leh nak pilih-pilih doktor..huhu).

Sebaik habis persekolahan terakhir sebelum cuti penggal kedua tu, kami terus bertolak balik ke kampung. Kalau ikutkan perancangan awal, kami nak bertolak hari sabtu pagi tapi hati macam dah x sedap je..takut terbersalin kt Perak ni. Waktu tu, saya dah 39weeks..heee. Seriau je dengar kan bila 39w pregnant pun masih boleh jalan jauh..hihi. Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung tanpa sebarang masalah.

Bila dah kat kampung, macam heaven la rasa. Boleh request makan macam-macam. Tapi dalam hati, dah mula berdebar-debar, rasa takut pun ada gak. Sebab dah pernah rasa kan sakitnya macam manaaa..Lagi la rasa takut. Uissshhhh klu difikirkan memang tak sanggup rasa. tapi tu la kan, kaum hawa ni memang degil - dah tahu sakit bersalin tu macam mana tapi masih lagi nak mengandung dan bersalin lagi, dan lagiiii...kan?? Lepas bersalin, rasa la serik sekejap, tapi bila anak dah besar siket, ada plak rasa teringin nak baby lg..

Ahad, 20 September 2015
Disebabkan rumah saya dan suami dekat (lebih kurang 15minit perjalanan), maka setiap kali cuti kami akan bergilir-gilir antara rumah saya & suami.So, sepanjang hari ahad tu, saya dok umah mertua. Hanif dah seronok sangat dah sebab ramai sepupu, asyik main je dia tak layan dah ibu dia ni..xpela, biarkan je la..cuma sekali sekala saya intai, kot2 dia hilang..kikiki (nampak sangat ibu yang tak boleh berenggang dgn anak).Yang dewasa pula sibuk dengan persiapan raya. Walaupun cuma Aidiladha, tapi suasana kat kelantan meriah, sama macam nak raya Aidilfitri.

Isnin, 21 September 2015
Bangun subuh tu, ok je rasa..tak de pula rasa sakit. Lepas solat, tolong mak saya siapkan sarapan pagi sementara suami tolong basuh & sidai kain. Dalam pukul 10 pagi suami ajak keluar, katanya nak cari barang dapur. Masa ni, dah rasa cramp kt kaki sket. Tpi saya wat tak layan je..pegi jugak keluar ke pasar raya. Siap boleh shopping lagi tu..bila rasa cramp kaki, saya stop kejap, pastu jalan balik. Aisshhh makin kerap plak rasa cramp ni, perut pun dah mula sakit..Saya set jam, sakit dah konsisten 1/2 jam sekali. Masa ni boleh rilek lagi sebab tak ada ape2 tanda lagi, just layan je sakit tu..hihi

Kami sampai semula ke rumah lebih kurang pukul 12 tengahari. Kebetulan mak saya tengan siapkan makan tengahari.  Gtau mak, dah mula rasa sakit n dah hampir 15 minit konsisten. (see, cepat progres dia, dan memang tak jangka langsung akan bersalin dalam masa terdekat). Lepas makan tengahari, rasa makin kerap sakit. Then, saya ambil keputusan untuk ke hospital.

Masa tu boleh lagi solat berdiri walupun sakit dah datang secara konsisten. Dalam pukul 2 ptg saya dan suami bertolak ke hospital HPRZ II. Hanif kami tinggalkan bersama mak. Dalam perjalanan tu, sakit dah konsisten 5 minit sekali. Bila sakit datang saya pegang tangan suami kuat-kuat sambil dalam hati dok zikir 'La illa ha illah anta, kuntu minal zholimin' .Masa tu juga sempat capai 3 biji kurma, gagahkan juga makan sebab nak bagi tenaga segera.

Dalam pukul 3.30 ptg kami sampai ke hospital. Suami uruskan pendaftaran sementara saya ke ruang pemeriksaan. Masa ni memang sakit sangat dah, dah berkerut-kerut muka tahan sakit tapi masih boleh jalan-jalan nak hilangkan sakit. Bila di check oleh doktor, bukaan dah 3cm, jadi saya dimasukkan ke wad. Nak ke wad pun saya berjalan je..masih ada kudrat waktu tu (^_^) .Seingat saya, masa tu dah pukul 5.30 ptg. Lepas suami bawa beg baju ke wad, saya gagahkan juga nak mandi. Lapas mandi, saya baring sambil layan rasa sakit. Suami pula suapkan saya nasi tapi masa tu memang x leh nak telan dah, rasa sakit dah melebihi rasa nak makan..hiihi. Suami paksa juga makan, jadi telan la 2,3 suap je..Then suami minta diri nak solat asar (masa ni dah pukul 6.30ptg). Saya angguk je, relakan dia pegi tunaikan tuntutan agama..hihi. Sebelum pergi, suami hulur sebiji lagi kurma.

Dalam dok layan kesakitan tu, tetiba rasa seperti nak meneran. Tangan dah terketar-ketar tahan sakit. Jadi saya kuatkan diri untuk berjalan ke kaunter jururawat. Masa tu darah dah mula turun. Macam ni la lebih kurang perbualan saya dan jururawat :

Saya : Misi, saya dah turun darah, tadi masa check bukaan dah 3cm
Misi : Ok, klu turun darah tu normal dik. Tanda nak bersalin ni ada dua,turun darah dan pecah air ketuban. Awak dok katil berapa ye? Pukul berapa masuk tadi?
Saya : Saya dok katil 19. Masuk pukul 5.30 ptg tadi. Saya dah rasa macam nak meneran ni. 

Haaaa...baru kalut misi tu bawak saya gi bilik doktor. Doktor pun terkejut bila check bukaan dah 6 cm!. FUhhh! Ape lagi kalut la dorang nak hantar masuk labour room. Yang nurse tadi pula kalut sebab x tulis report lagi tentang kes saya. Sorang sediakan troli, sorang bantu saya pakai baju LR, sorang tulis report. Haaaaa, tau kalut..hihi

Dan pada pulul 7.10ptg saya disorong masuk ke LR. Saya sempat telefon suami bagitau dah nak masuk LR. Dia pun apa lagi terus la datang ke LR. Tapi suami saya tak sempat masuk teman saya pun, sebabnya sesampai je ke LR, bukaan saya dah 10cm. Masa doktor nak pecahkan ketuban, rambut baby dah nampak dah. Baby dah tak sabar nak keluar. Hihi

Masa proses nak pecahkan air ketuban tu, doktor siap pesan lagi supaya saya tak teran lagi. Heee, jadi masa tu, saya hanya dok diam2 sambil zikir dalam hati. Alhamdulillah, zikir yang saya amalkan banyak membantu saya. Kesakitan sekaan berkurangan, jadi lebih tenang. Doktor siap tanya lagi 'Akak ni sakit ke tak?' Hehehe boleh pulak dia tanya macam tu, Tapi xpela, saya layankan aje, sebab doktor tu muda lagi..x kawen pun lagi. Kecik comel je doktor perempuan tu. Saya jawab 'Sakit doktor, tapi sabar je la, berserah pada TUHAN je. Hanya DIA yang mampu tolong kita saat ni ' Doktor tu siap cakap mcm ni lagi 'klu semua orang mcm akak, kami pun rasa nak tolong je percepatkan urusan'. See, doktor pun cakap macam tu. Sebenarnya kalau kita behave, tak ,menjerit, meronta kesakitan, doktor pun akan rasa selesa nak tolong kita.

Selesai je pecahkan air ketuban, saya terus teran. Rasa dah tak tertahan tahan dah..Hihi. Alhamdulillah, dengan 5 kali teran, baby dah selamat dilahirkan tepat jam 7.45malam. Baby girl seberat 2.70kg. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah proses keahiran yang mudah dan lancar. Suami pun terkejut bila saya msj gtau dah selamat bersalin. Mana taknya, dia dah ready nak masuk, tunggu nurse panggil je..;)

Fresh from oven

Alhamdulillah, semuanya selamat. Sekarang baby dah 4 bulan lebih. Membesar dengan sihat sejahtera. Hasya Nurjannah nama diberi.

1 month
4 month



Haaa...panjang kan ceritanya kan. Xpela, buat kenang-kenangan dikemudian hari kan..hihi
Sepanjang tempoh mengandung, saya amalkan vitamin shaklee. tapi sampai 5 bulan je. Lepas tu saya x leh terima sebarang bentuk vitamin samada vitamin shaklee or vitamin dari KK. Ntah kenapa, lepas makan je vitamin, saya akan muntah. Masa tu, HB dah low, setiap 2 minggu ulang gi KK checkup.
Nanti saya wat entry khas untuk ni ye (^_^)/

Nak amalkan vitamin shaklee untuk KEHAMILAN?
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::


 
 

 

TEMPAH SEKARANG! 

 

PN. SUHAIDA
SID 997703
09-4880520 (SMS/WHATSAPP)
Email : nursuhaidamuhammad@ymail.com


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...