Skinpress Rss

12 March 2014

Tips Agar Cepat Hamil

0


Kehamilan dan mendapat zuriat bersama pasangan tercinta adalah idaman setiap pasangan suami isteri.Lebih menerujakan apabila pasangan tersebut baru mendirikan rumah tangga. Kehadiran cahaya mata adalah sangat dinanti-nantikan oleh mereka!.

Saat dimana alat penguji kehamilan menunjukkan tanda-tanda positif adalah saat yang paling bermakna bagi pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata. Namun, ada kalanya, saat itu terus ditunggu sehingga bertahun-tahun bagi sesetengah pasangan dan kesudahanya, pasangan tersebut sentiasa dirundum air mata dan kesedihan. Lebih memeritkan apabila ada dikalangan ahli keluarga yang seakan tidak memahami perasaan si pasangan dan berterusan membangkitkan soal cahaya mata.




Secara ringkasnya, banyak sebab mengapa susah untuk mendapat cahaya mata. Antaranya disebabkan oleh keturunan, penyakit, gangguan hormon, gangguan pada sistem pembiakan suami/isteri, dan pelbagai lagi sebab ( sekadar menyatakan beberapa sebab).

Namun, adakalanya kurang ilmu pengetahuan mengenai cara untuk memudahkan kehamilan juga menyumbang kepada masalah ini. Disini, ada dibingcangkan beberapa panduan & tips bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai bagaimana untuk mempercepatkan kehamilan.

Berdoa
sesuatu yang mesti dilakukan oleh setiap pasangan yang ingin cepat hamil.Mereka perlu berdoa agar mereka dikurniakn cahaya mata dengan 100% kenyakinan. Mereka perlu sedar, segala ketentuan adalah dari Allah dan setaip yang berlaku adalah perangcangan dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasihani, memakbulkan doa setiap manusia yang bersungguh-sunguh berusaha untuk mendapatkan sesuatu!.

Memeriksa tahap kesihatan 
Perkara asas yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri yang masih gagal untuk hamil walaupun sudah lama mencuba ialah mendapatkan pemeriksaan menyeluruh bersama doktor bertauliah. Pemeriksaan ini perlu menyeluruh iaitu merangkumi kesihatan tubuh badan isteri & suami, tahap kesihatan sistem reproduktif suami & isteri  serta tahap stress suami & isteri. Keadaan ini penting kerana jika terdapat masalah dalam hal-hal yang dinyatakan tadi,pasangan boleh mendapat rawatan lanjut dan seterusnya jika berjaya sembuh, peluang untuk hamil akan meningkat.

Mengamalkan gaya hidup sihat
Hal yang tidak kurang penting juga ialah gaya hidup sihat. Ini juga harus diambil perhatian bagi pasangan. Jika pasangan adalah perokok atau suka minum alkohol, adalah disarankan untuk berhenti dari mengamalkan haya hidup sebegitu dengan segera. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan  bahawa pengambilan rokok dan alkohol mengurangkan kesuburan sebanyak 50%. Selain itu, berat bada ideal juga penting bagi pasangan yang merangcang untuk hamil. Bersukan dan mengamalkan pengambilan gizi makanan sihat juga dapat membantu pasangan untuk hamil.

Ketahui masa subur isteri
Ya, ini adlah faktor penting yang perlu diambil kira oleh setiap pasangan yang merangcang untuk hamil. Isteri perlu tahu waktu subur mereka.Ini kerana, dikala waktu subur, hormon LH akan mendorong telur untuk dilepaskan dan menuju ke tiub fallopian. Di tiub fallopian pula akan terjadinya persenyawaan antara telur dan sperma dari suami. Kitaran waktu kesuburan yang normal pada wanita biasanya terjadi pada hari ke 14 selepas period bermula (dikira pada hai pertama period). Jadi, adlah digalakkan bagi pasangan untuk bersama pada hari ke 13, 14 & 15. Pada hari-hari ini, kebarangkalian untuk telur disenyawakan oleh sperma  adalah tinggi.




Gunakan posisi 'bersama' yang tepat
Bnayak pakar kesuburan berpendapat bahawa posisi pasangan suami isteri semasa bersama juga memainkan peranan penting dalam menentukan kehamilan isteri. Posisi suami diatas memberikan lebih banyak peluang untuk hamil.Isteri pula digalakkan untuk berbaring seketika selepas bersama bagi menghalang sperma keluar.

Pengambilan vitamin
Pengambilan vitamin yang bertujuan untuk membetulkan hormon sangat digalakkan bagi pasangan suami isteri. Pasangan boleh mendapatkan pandangan doktor baertauliah bagi membantu mereka mendapatkan vitamin untuk kesuburan yang sesuai untuk mereka.



Jadi, setelah mengetahui beberapa tips panting yang boleh membantu, adalah diharapkan agar pasangan yang masih merancang untuk hamilmenjadikan tips ini sebagai panduan. Tidak salah jika kita mencuba selain memanjatkan doa kepada yang Maha Kuasa.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...