Set Kurus Shaklee untuk bentuk badan menawan!. Ya, memang sudah terbukti keberkesanannya. Setiap manusia normal pastinya sentiasa mengimpikan bentuk badan yang cantik, langsing dan menawan.Lumrah kejadian manusia, sentiasa mahu kelihatan sempurna pada setiap mata yang memandang.
Set kurus shaklee adalah jawapan kepada mereka yang sedang tercari-cari produk yang sesuai unuk menyelesaikan masalah berat badan yang berlebihan serta bentuk badan yang tidak menarik.
Set kurus shaklee menekankan 3 mekanisma dalam tindakbalasnya:
BAKAR >> BUANG >>> BINA
1. LECITHIN / OMEGA GUARD sebagai agen PEMBAKAR lemak
LECITHIN / OMEGA GUARD berfungsi sebagai agen pembakar lemak. Lecithin pada dasarnya dikenali sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin bertemu dengan lemak didalam badan, ia akan bertindak memecahkan lemak berkenaan dan bergumpal bersama sebelum dibawa keluar dari badan. Lecithin akan bertindak dengan lebih berkesan jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan air masak yang banyak sangat diperlukan bagi memastikan Lecithin dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Omega Guard pula boleh diambil untuk kesan yang lebih cepat berbanding Lecithin. Konsep tindakbalas adalah sama seperti Lecithin.
2. ALFALFA / HERB-LAX sebagai agen DETOX
Detox ialah proses membersihkan usus dimana segala lemak, lendir dan toksin yang melekat pada dinding usus disingkirkan melalui perkumuhan. Tujuan utama detox ialah bagi memastikan dinding usus sentiasa bersih dan bersedia untuk menyerap segala nutrien yang diperlukan oleh badan dengan mudah dan berkesan. Ia juga dapat mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan ususdan perut.
Suplemen yang disyorkan untuk detox ialah ALFALFA / HERB-LAX. Kedua-dua suplemen ini berfungsi untuk merangsang usus untuk melembutkan najis yang tesekat atau yang tersimpan didalam usus. Proses pelangsingan juga akan lebih cepat jika tiada lagi kekotoran di usus dan perut.
3. MEMBINA dengan ESP / CINCH SHAKE
Semasa berdiet, badan dan otot akan hilang keupayaan fungsi dan bentuk disebabkan oleh penyingkiran lemak yang berlaku selain badan sentiasa letih dan tidak bertenaga. Oleh itu,pengambilan sumber protein sangat-sangat diperlukan. Pengambilan protein juag diperlukan bagi mengelakkan badan dari menggeleber (flabby).Sumber protein yang terbaik ialah ESP / CINCH SHAKE. Kandungan Leucine dalam CINCH SHAKE membantu mengelakkan terjadinya kesan diet yo-yo.
' ibu lepas bersalin yang ingin kurus tidak digalakkan mengambil CINCH SHAKE kerana kandungan protein agak rendah,dikhuatiri akan menganggu tmbesaran bayi. Mereka digalakkan untuk mengambil ESP '
Persoalan yang sering ditanya:
Perlu ke saya mengambil kesemua set yang dicadangkan?
Adalah DIGALAKKAN untuk mengambil kesemua set yang dicadangkan bagi menjamin proses pelangsingan yang berkesan iaitu KURUS dengan SIHAT.
Namun,bagi mereka yang mempunyai masalah bajet, mereka boleh mengambil set cadangan berikut dahulu:
LECITHIN + ALFALFA atau LECITHIN + HERB-LAX
Apabila berat sudah mula turun, mereka boleh menambah lagi produk bagi melangkapkannya.
Tips ringkas untuk diet berkesan:
1. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari ( lagi banyak lagi bagus!)
2. Kurangkan pengambilan KARBOHIDRAT dalam pemakanan seharian
3. Elakkan mengambil makanan berminyak dan berkalori tinggi
4. Mengamalkan gaya hidup sihat,iaitu selalu bersenam dan elakkan merokok serta alkohol
5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Akhir sekali,yakinlah dengan diri anda sendiri.Sematkan semangat yang tinggi untuk sentiasa berusaha mengamalkan diet yang sihat bagi mendapat bentuk baan idaman. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau persoalan lebih lanjut mengenai set kurus shaklee ini, anda boleh hubungi sayang dengan cara berikut:
Katakan YA kepada bentuk badan menawan, katakan YA kepada Set Kurus Shaklee.







0 comments:
Post a Comment