Apakah Endometriosis?
Endometriosis berlaku pada dinding rahim seseorang wanita. Lapisan dinding dalaman rahim dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabakan dinding endometrium menebal dan diselaputi saluran darah sebagai persediaan untuk embrio menempel sekiranya berlaku persenyawan. Jika tiada sebarang persenyawaan berlaku didalam rahim, dinding endometrium ini akan luruh dan menjadi darah haid.
Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu seperti endometrium tumbuh diluar rahim, dibahagian usus atau peunding kencing.Tisu endometrium asing yang tumbuh diluar rahim ini dipanggil Endometriosis.
Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometrium asing ini turut membesar didalam rahim. Apabila endometriumdidalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut berlaku dikawasan tertutup dan tidak disingkirkan dari rahim. Maka akan berlaku enapan darah kotor yang akhirnya akan menyebabkan keradangan dan kesakitan.
Apakah simptom-simptom Endometriosis?
Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang simptom yang boleh menyedarkan mereka tentang endometriosis yang bersarang didalam rahim mereka. Tetapi ramai daripada pesakit akan mempunyai satu atau lebih simptom berikut:
- Sakit teruk dibahagian pinggul (pelvik)
- Kesakitan semasa/selepas hubungan kelamin
- Sakit semasa membuang air besar
- Kesakitan melampau semasa haid
- Berlaku pendarahan haid yang banyak
- Pendarahan sedikit (spotting) diantara tempoh haid atau beberapa hari sebelum haid
- Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar mengandung secara semulajadi .Endometriosis merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyebabkan kemandulan!.
Bagaimana doktor mengdiagnosis Endometriosis?
Untuk mengdiagnosis endometriosis, terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya ialah:
- Pemeriksaan fizikal dan pinggul (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca lain yang memberi kesakitan dan masalah
- Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.
Mengikut teori,endometriosis tidak dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptomnya boleh dikawal.Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopous.
Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.
Ubat penahan sakit seperti ibuforen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada 8 daripada 10 orang pesakit endometriosis.
PIL PERANCANG KELUARGA
Hormon daripada pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada membengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.
GANADOTROPIN-RELEASING HORMONE AGONIST (GnRH)
GnRH ialah hormon yang membantu kitaran haid. Agonis GnRH yang digunakan adalah lebih kuat daripada GnRH semulajadi dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari.Akibatnya, wanita mengalami menopous. Ini hanya sementara. Kesan sampingan seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang akan berlaku pada pesakit kesan dari pengambilan hormon ini.
PEMBEDAHAN
Untuk membuang tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan kepada pesakit.Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun secara laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis tahap keempat, dan sudah tidak mahu hamil lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.
Endometriosis & Kemandulan?
Sehingga ke hari ini, belum ada penjelasan sebenar kenapa endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.Ada kemungkinan endometriosis menganggu lapisan endometrium didalam rahim sehingga menyebabkan embrio tidak boleh menempel ke dinding rahim atau endometriosis mungkin menyebabkan saluran tiub fallopian tersumbat dan menghalang telur yang telah disenyawakan sampai ke dinding rahim.
Pembedahan membuang ketumbuhan endometriosis selalunya sangat membantu untuk pesakit hamil.Bagi mereka yang belum hamil walaupun sudah menjalani pembedahan, mereka boleh menggunakan altenatif lain untuk mencuba. Mereka boleh mencuba produk berasaskan bahan semulajadi untuk membantu meningkatkan kesuburan mereka.
Kesimpulannya, setiap wanita dimalaysia terdedah kepada penyakit endometriosis dan lebih buruk lagi, ramai diantara meraka yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengidap endometriosis. Oleh itu, sangat penting bagi wanita untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang luas tentang gejala dan simptom penyakit ini. Diharapkan agar dengan adanya artikel ini, waniat akan lebih mengetahui tentang penyakit ini dan akan terus mendapatkan rawatan pakar sekiranya mereka mempunyai gejala yang disebutkan diatas.
Ladies,jom katakan tidak kepada endometriosis.






0 comments:
Post a Comment