Assalamualaikum wbt ...
Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips berguna buat ibu bapa bagi menangani masalah anak cemburu dengan kehadiran adik baru. Saya pasti ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini, termasuk saya sendiri.
CEMBURU adalah perasaan lumrah dalam diri setiap manusia, tak ketinggalan juga kanak-kanak. Biasanya anak dalam lingkungan usia 2-4 tahun akan mula berasa cemburu bila mereka mendapat adik baru. Pada ketika ini, mereka merasakan perhatian ibu bapa lebih terarah kepada adik baru dan mereka terasa terabai.
Sebagai jalan mudah, mereka akan mula bersikap agresif untuk menarik perhatian ibu bapa. Seperti saya sendiri, saya mula mengandungkan anak kedua tatkala Hanif berusia 2 tahun. Pada usia 2 yahun 9 bulan, si adik sudah wujud dalam hidup dia.
Selepas kelahiran adik, Hanif mula rasa cemburu bila saya banyak habiskan masa bersama adik tambahan pula saya masih dalam pantang, semua urusan mengurus Hanif diserahkan kepada abahnya. Hanif mula menunjukkan reaksi tidak senang dengan kehadiran adik baru bila dia mula cubit, tarik dan gigit si adik. Pada sebelah malam pula dia akan bangun menangis tanpa sebab. Puas dipujuk, barulah dia mula reda. Hebat sebenarnya penangan cemburu ni kan?
Alhamdulillah, seiring dengan masa, Hanif sudah mula terima si adik dalam kehidupan dia. Lega rasa hati (^_^)//
Berikut saya kongsikan 6 tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah anak cemburu dengan kehadiran adik baru
- Anda digalakkan untuk membuat persedian mental anak sebelum kelahiran adik baru. Sangat digalakkan untuk memperkenalkan adik kepada anak sejak dari kandungan lagi. Selalulah ajak si anak berbual-bual dengan bayi didalam perut.
- Juga digalakkan untuk ibu bapa bercerita tentang adik yang bakal dilahirkan. Ceritakan tenang kebaikan mempunyai adik dan mengapa adik harus disayangi.
- Saya selalu ajak Hanif bercakap-cakap dengan adik sejak dari dalam kandungan lagi. Si adik pula seakan faham, bila dengar suara Hanif, dia memberi respon (bergerak-gerak) dari dalam perut. Alahai, terasa rindu pula saat tu! (^_^)
- Selepas kelahiran adik, ibu perlu libatkan anak semasa menjaga adik. Contohnya, minta tolong anak ambilkan pampers, susu atau baju adik. Bila anak lakukan apa yang disuruh, pujilah anak agar dia rasa dihargai. Tak salah jika ibu katakan begini ''Terima kasih Abang..pandai anak ibu'' .
- Sehingga sekarang saya masih memperaktikkan tips ni. Sengaja saya minta tolong Hanif untuk mengambil pampers, baju atau susu untuk adiknya. Alhamdulillah, Hanif tak banyak protes, dengan gembira je dia buat apa yang disuruh. Dan tentunya pujian dan pelukan diberikan sebagai ganjaran!.
- Walaupun ibu sibuk menguruskan adik yang masih kecil, ibu seharusnya meluamgkan masa untuk bersama anak. Carilah masa yang sesuai untuk bersama si anak agar dia tidak merasa sendirian . Jika adik tidur, gunakan masa tersebut berbual atau bermain bersama anak.
- Ini dapat membantu anak agar tidak memberontak. Ini juga akan membuatkan anak merasa tenang dan masih disayangi oleh kedua ibu bapa walaupun sudah mempunyai adik baru.
- Saya bertuah kerana saya bersama anak-anak 24/7. Anak-anak sepenuhnya bersama saya, jadi lebih muda untuk saya luangkan masa bersama Hanif. Si adik pula tak banyak ragam, jadi memang saya banyak peluang untk bersama Hanif.
- Bagi setiap kebaikan atau pertolongan yang dilakukan anak, berikanlah sedikit pujian dan ganjaran. Ganjaran tidak semestinya berbentuk hadiah, cukup sekadar ciuman dan pelukan penuh kasih sayang pada anak.
- Saya tidak memberikan hadiah berbentuk material kepada Hanif. Hanya pujian dan pelukan sahaja. Jika ada pun, hanya sekali sekala sahaja.
Tips #5 - Jangan bandingkan anak dengan adik baru
- Adalah sangat tidak wajar untuk ibu bapa membandingkan anak dengan adik baru. Ia hanya akan menimbulkan dendam dihati anak. Ibu bapa harus sedar bahawa setiap anak tidak sama dan mempunyai karekter yang tersendiri. Adalah lebih selamat untuk ibu bapa tidak membandingkan anak walaupun dengan adik yang masih kecil.
- Saya sematkan dalam diri untuk tidak membandingkan Hanif dengan adiknya dan insyaAllah kasih sayang tidak akan berat sebelah.
- Ibu bapa juga digalakkan untuk mendengar rungutan anak. Berikan anak peluang untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Selepas mendengar, barulah beri nasihat dan pujuk anak dengan lembut tetapi tegas.
- Hanif sangat petah bercakap. Memang mudah untuk kami untuk berbual dan memberi nasihat kepada Hanif. Terbukti, ketegasan dalam kelembutan lebih berkesan pada Hanif. Kanak-kanak tidak suka ditengking dan dibentak-bentak.
![]() |
| Anak -anak syurga saya |
Alhamdulillah, dengan memperaktikkan tips diatas saya berjaya mengatasi masalah cemburu Hanif terhadap adiknya.Walaupun kadang kala Hanif masih memberontak, namun ia masih boleh dikawal oleh saya dan suami. Ilmu keibubapaan ini sebenarnya luas, perlukan teori dan praktikal. Saya dan suami masih setahun jagung dalam alam keibubapaan ini, namun kami sentiasa mahukan yang terbaik buat anak - anak syurga kami.
Apa yang saya coretkan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pemerhatian terhadap cara didikan ibu bapa terhadap saya dan suami. Apa yang elok kami peraktikkan dan mana yang lemah kami perbaiki.
Berminat nak cuba vitamin semulajadi shaklee?. Hubungi saya ye (^_^)/







0 comments:
Post a Comment